< Minggu 31
close
<

Minggu 31

Perut anda

Kandungan anda

Sikecil yang suka bermimpi Dengan memantau bayi untuk masa yang lama menggunakan ultrasound, ia menunjukkan bahawa sekarang mereka bermimpi ketika mereka sedang tidur, sekurang-kurangnya itu adalah tafsiran, pergerakan mata bayi sama seperti orang dewasa tidur. Hairan apakah yang mereka mimpikan ... Anak anda terus membina lemak di bawah kulit dan permukaan kulit lebih berwarna merah jambu dari merah. Dia mungkin belum memposisikan dirinya dengan betul dengan kepala ke bawah, tapi ada kemungkin untuk bayi untuk melakukannya sekarang. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Rasa bengkak seluruh tubuh (water retention) Apakah kaki anda merasakan bengkak? Apakah cincin anda tidak lagi muat? Sekitar waktu ini adalah perkara biasa untuk mengalami sedikit retensi air (water retention).Tubuh anda menghasilkan sebanyak 50% lebih darah dan cecair tubuh, selama kehamilan untuk memenuhi keperluan bayi anda. Sebahagian dari cecair ini masuk ke dalam tisu tubuh anda. Apabila rahim anda yang kian membesar menolak rahim pada vena pinggul, aliran darah di bahagian bawah tubuh anda sebahagiannya tersekat. Perkara ini mendorong cecair ke kaki, dan menyebabkan pembengkakan. Biasanya ia tidak berbahaya, tapi untuk memastikan segalanya selamat, bidan anda akan mengambil tekanan darah anda setiap kali anda berjumpa dengannya. Apa yang harus dilakukan? Jangan menyilangkan kaki anda! Ini menghadkan aliran darah lebih lagi! Gantungkan setiap cincin pada rantai dan pakaika ia di leher anda. Dan, ya, minum banyak cecair, bergerak untuk membantu aliran darah dan berehat dengan meletakkan kaki ke atas!

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…