Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

< Minggu 30
close
<

Minggu 30

Perut anda

Kandungan anda

Hiccups Otak terus berkembang dan nampak lebih banyak keriput dan paru-parunya sekarang hampir matang. Ketika berlatih untuk gerakan bernafas, bayi anda mungkin tersedu, yang terasa seperti sedikit mengecut dalam rahim anda, seakan kejang kecil. Ini adalah sesuatu yang anda akan alami lebih banyak dalam minggu-minggu akan datang. Tubuh terus membesar dan membina lebih banyak lemak di bawah kulitnya. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Kerap ketandas Selamat datang kebahagian terakhir kehamilan anda! Bagaimana khabar anda sekarang? Kali ini anda mungkin merasa sangat berat, baik secara fizikal mahupun mental. Ramai yang mengatakan bahawa mereka merasa letih dan mengalami "kontraksi latihan" (juga dikenali sebagai Braxton Hicks) dari semasa ke semasa. Jadi jangan lupa untuk berehat disiang hari, dengan meletakkan kaki ke atas. Makan dengan sihat, berjalan-jalan di luar sesering yang anda boleh, dan tidak jangan berjaga sehingga larut malam. Ya, bunyinya seperti anda seorang pesara - tapi sekarang anda perlu menjadi sedikit ‘senior’. Peka pada kemahuan tubuh anda, layani ia dengan baik - anda masih mempunyai sepuluh minggu lagi Apakah anda terus-menerus perlu ketandas? Atau terkucil sedikit ketika tertawa atau bergerak? Perkara ini tidak benar-benar mengejutkan, kerana bayi anda mengambil ruang yang lebih banyak, sehingga semakin kurang ruang untuk organ dalaman anda. Sekarang pundi kencing anda yang sedang tersepit dan tidak dapat menahan sebanyak cecair seperti dahulu. Lakukan senaman Kegel; ianya tidak menyeronokkan, tapi sangat bermanfaat dalam banyak cara.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…