Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

< Minggu 3
close
<

Minggu 3

Perut anda

Kandungan anda

Awalnya Ianya telah bermula.  Seekor sperma telah menemui telur. Pada masa itu ketika sel sperma pertama menembusi sel telur tersebut, jantina bayi anda telah di tentukan samada anak laki-laki atau perempuan. Dua belas jam selepas persenyawaan, terdapat dua sel, tambah lagi 12 jam, dan akan terdapat empat dan seterusnya setiap 12 jam. Pada akhir minggu pertama, pada hari keenam atau ketujuh kehamilan, sekumpulan sel yang saiznya sebesar kepala pin sampai kedalam rahim dan menempel dirinya pada lapisan rahim, biasanya arah keatas , yang dianggap sebagai tempat yang terbaik. Isyarat kimia sekarang dihantar ke kelenjar pituitari dan ovari bahawa anda sedang hamil dan bahawa kitaran ovulasi boleh berhenti untuk waktu ini - tidak tidak ada haid lagi untuk sementara waktu.

Anda

Anda

Hamil atau tidak? Ada yang mengatakan bahawa mereka tahu saat sperma bertemu dengan telur ,yang mereka telah hamil. Tetapi jika anda tidak tahu sehingga ujian anda positif, meskipun semua drama yang sebenarnya berlaku di dalam tubuh anda, anda termasuk dalam majoriti. Ini adalah kerana perubahan hormon yang radikal dari trimester pertama, yang mencetuskan tingkahlaku baru dan rasa hati, tidak bermula sehingga tiga hingga lima hari selepas persenyawaan. Tapi ada beberapa tanda-tanda awal kehamilan untuk diperhatikan: rasa ‘logam’ dalam mulut anda, sering kencing, mual, kelelahan, perubahan payudara dan payudara menjadi besar dan keras dll Jika anda sudah mencuba untuk hamil ini adalah minggu menunggu yang menggementarkan, sehinggalah ujian mengesahkan kehamilan. Jika anda tidak mencuba untuk hamil ... anda mungkin merasa sedikit tegang atas alasan yang sama.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…