Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

< Minggu 28
close
<

Minggu 28

Perut anda

Kandungan anda

Tambah lemak Dari tujuh bulan pertumbuhan bayi anda bergantung kepada kemampuannya untuk merembeskan insulin. Insulin membenarkan kemasukan gula dari darah ke dalam sel lemak, dan sekali gula di dalam sel, insulin merangsang metabolisme menjadi protein dan lemak. Dengan cara ini insulin menyumbang kepada pembinaan lemak pada tubuh sikecil. Jadi sekarang tubuh bayi anda menjadi lebih berisi dan bulat. Perhatikan bahawa bayi anda telah meningkat beratnya lebih dari 10 kali dalam 11 minggu! . Dan mulai saat ini dia akan meambah berat sebanyak 27 gram setiap hari Dan fakta yang menenangkan - sembilan dari sepuluh bayi yang lahir sekarang bertahan untuk terus hidup. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Bertmabah kurang ruang di paru-paru anda Bayi terus membesar dan anda merasa di dalam tubuh anda, anda menjadi lebih berat sedikit dan lebih banyak berpeluh. Adakah anda juga perasan yang anda menghembus keluar nafas lebih cepat dari yang biasa anda lakukan? Ini benar-benar normal. Ini disebabkan oleh bayi anda yang sedang memebesar dan ruang menjadi semakin kurang untuk perut dan paru-paru Jantung anda juga berdegup lebih cepat (untuk mengangkut peningkatan jumlah darah) dan kerana itu pernafasan anda lebih cepat sedikit dari biasanya. Tetapi sementara keadaan menjadi seakan semakin mencbar, mungkin anda juga perasan bahawa anda membuat hubungan yang lebih rapat dengan manusia kecil didalam sana? Jika anda menekan perut anda sedikit, anda mungkin bolh merasakan tolakan balas darinya. Mintalah doktor atau bidan untuk membantu anda mengenali bahagian-bahagian tubuh yang berbeza dari bayi anda. Sangat mennggembirakan untuk mengetahui apakah ianya kaki atau tangan yang menghasilkan benjolan pada perut anda, atau jika anda sedang mengusap-usap kepala atau punggungnya.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…