Kandungan anda
pergerakan pernafasan Badan bayi anda lebih berisi sekarang tetapi kulitnya masih berkedut, dan pimen sedang terbentuk Femur atau tulang paha, adalah. sekitar 4 scm, dan diameter kepala adalah antara 5 dan 6 sm. paru-paru Paru-paru bayi anda berkembang dengan drastik apabila beg udara terbentuk. Bayi anda terus melakukan dengan latihan pernafasan nya. Mungkin sukar untuk percaya, tetapi jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia berpeluang untuk hidup. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult
Anda
Turun naik emosi Perut anda sekarang nampak jelas membonjol keluar Anda mungkin masih mengalami turun naik emosi. Mungkin, dari masa kesemasa, anda bimbang anda mungkin tidak kembali seperti dahlu. Emosi ini adalah agak biasa pada kehamilan sekarang. Ianya, seperti biasa, adlah perubahan hormon. Tidak banyak yang anda boleh buat. Beremosi adalah sebahagian dari kehamialn. Dari satu sudut, ianya menyediakan anda tentang apa yang akan anda lalui Jika anda merasa bertenaga, gunakannya. Ada banyak lagi masa-masa mencabar yang menanti anda. Anda mungkin perasan kebocoran urin sedikit dari masa kesemasa, apabila anda batuk, bersin, bersenam atau mengangkat sesuatu. Jangan panik! Memang lebih mudah untuk cakap dari buat. Tetatpi inilah yang di gelar inkontinen stres, dan ianya agak biasa dan normal memandangkan rahim anda sekarang berada diatas pundi kencing anda, memberikan tekanan kepadanya. Mulakan dengan senaman Kegel, dan jangan berhenti melakukannya; teruskan walau pun selepas bayi anda lahir. Ia akan membantu anda sembuh dan mendapatkan semula kekuatan kepada otot pinggul anda – dari itu kemalangan-kemalangan kecil itu tidak terus berlaku..