Kandungan anda
Sensasi sentuhan Bayi anda nampak seperti bayi baru lahir bersaiz kecil. Deria bayi anda berkembang dan bertambah matang hari ke hari, dan otak bayi anda serta hujung sarafnya sekarang sudah cukup matang untuk memproses sensasi sentuhan. Imbasan ultrasound kepada bayi pada usia ini menunjukkan mereka menyentuh membrane beg ketuban, menentuh muka mereka sendiri, mencapai dan memegang tali pusat. Mereka sudah pun menunjukkan ciri penjelejah kecil. Terdapat sepasang bibir yang nyata. Dan sistem peranakan mereka terus berkembang. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult
Anda
Panas dan berpeluh Adakah anda merasa panas dan berpeluh lebih dari biasa? Sebenarnya, seperti juga organ-organ lain didalam tubuh, kelenjar tiroid menjadi lebih aktif semasa kehamilan. Ini menyebabkan anda merasa lebih panas. Tetapi walau pun begitu, ramai wanita merasakan seronok dengan kehamilan mereka sekarang.Dan masih boleh membongkok, duduk dengan selesa, berjalan sepatutnya bukanlah sesuatu yang sukar, dan mabuk mengandung biasanya sudah tiada lagi. Jadi, anda mungkin merasa agak baik.