< Minggu 21
close
<

Minggu 21

Perut anda

Kandungan anda

Kepalanya terus membesar Diameter kepala bayi anda membesar dengan 3 mm sejak minggu lalu. Rambut terus tumbuh, dan sudah ada bulu mata! Usus telah lebih matang supaya nutrisi dapat diserapkan dari cairan ketuban yang ditelan bayi anda. Sementara plasenta menjadi punca utama yang akan memberikan bayi anda makanan, sebahagian daripadanya melalui usus dan sekarang ke usus besar.   Jadi, najis pertama bayi anda, yang juga disebut mekonium, dikumpulkan dalam usus. Ianya boleh berwarna hitam-kehijauan ke perang muda dimana bayi anda akan mengeluarkannya sebelum dia lahir, semasa sakit bersalin atau selepas dia lahir. Panjang bayi anda telah menghampiri separuh dari panjangnya pada waktu lahir nanti, tetapi beratnya hanyalah 10% dari berat sebenarnya ketika lahir.

Anda

Anda

Bengkak sedikit dibanyak bahagian badan Menjelang minggu ini, pinggang anda telah benar-benar tidak kelihatan lagi. Sukar untuk menyembunyikan kehamilan anda sekarang . Anda mungkin akan mendapati bahawa berat anda paling ketara untuk selama beberpa minggu yang akan datang. Walau pun tubuh anda meminta untuk diberi makan lebih banyak, cubalah untuk mengelakkan makanan empat Cs (chocolate, chips, cakes and (ice)cream.) iaitu coklat, kerepek, kek dan ais krim. Kelenjar mammary anda telah berkembang dengan stabilnya sejak anda mula-mula hamil dan anda mngkin sudah mendapati ada cecair sedikit yang keluar dari putting payudara anda. Ianya boleh terasa agak janggal. Anda mungkin mengalami bengkak pada bahagian betis bawah dan kaki, khususnya pada penghujung hari; 75 peratus dari wanita hamil menderita dari jari, buku lali dan kaki yang membengkak. Satu nasihat berguna untuk di kongsi ialah pakai sarung kaki sebagai sokongan, ya, seperti seorang wanita tua.. Tetapi ia memang membantu dan ia juga bagus untuk mencegah urat-urat timbul di kaki.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…