< Minggu 19
close
<

Minggu 19

Perut anda

Kandungan anda

Kehidupan didalm rahim Pendengaran bayi berkembang di antara minggu 15 dan 20. Dan walaupun jika hidup di dalam rahim yang tenang, tidak bermaksud ianya tanpa bunyi, dan sekarang bayi anda dapat menikmatinya. Bayi mendengar aliran darah anda, mendengar degup jantung anda. Dan mendengar ketika usus anda berbunyi dan ketika anda bersin, batuk, bersendawa atau ketawa.   Bayi anda sedar akan suara anda pada tahap awal. Dan di otak bayi, sel saraf yang berhubung dengan rasa, sentuhan, bau, penglihatan dan pendengaran menjadi lebih khusus, dan membentuk hubungan yang lebih kompleks Satu lapisan lemak, kelihatan seperti sesuatu yang likat, melindungi kulit yang sedang tumbuh dari cecair ketuban.   Ianya disebut sebagai "vernix" dan itu menempel pada rambut lanugo. Ilustrasi oleh  Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Bintik pigmen Ramai ibu hamil mengalami urat-urat kecil bengkak daripada pembuluh darah rosak di, wajah mereka bahu dan lengan. Ada juga yang mempunyai tapak tangan yang sangat merah. bintik pigmen ini yang boleh muncul, terutama pada wajah tetapi juga pada bahagian lain dari tubuh, lebih jelas. Bintik ini biasanya menghilang setelah bersalin, tetapi anda harus berhati-hati ketika keluar di bawah sinar matahari. Gunakan krim dengan SPF tinggi supaya anda tidak mengalami bintik pigmen yang boleh menjadi kekal. Lebih lanjut tentang kulit anda di sini.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…