Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 17
close
<

Minggu 17

Perut anda

Kandungan anda

Bayi anda sudah boleh menguap Tubuh bayi anda kecil, tangan dan kakinya kurus dan sebahagian besar rangka mengandungi semakin banyak tulang rawan yang lembut dan fleksibel Rambut lanugo berpintal dalam bentuk seperti cap jari diseluruh tubuh dan kulit. masih telus dan kekurangan lemak bawah kulit.. Kelopak mata menutup mata bayi anda, dan tidak akan terbuka sehingga sekitar 27 minggu. Tetapi dia sedar keadaan sekitarnya dan bertindak balas terhadap apa yang berlaku. . Anda mungkin akan merasakan tindak balasnya terhadap bunyi .   Alat kelamin luaran sekarang terlihat jelas menunjukkan jantina lelaki atau perempuan. Bermula minggu ini bayi anda akan lebih berat dari plasenta.

Anda

Anda

Kejutan trimester kedua! Sekarang jantung anda mengepam 20% lebih darah, dan boleh menyebabkan jantung anda rasa berdebar, tetapi anda tidak perlu bimbang. Peningkatan isipadu darah menyebabkan selaput lendir tubuh untuk membengkak. Akibatnya anda akan mendapati lebih sedikit lender/keputihan dari faraj daripada biasanya, dan hidung anda akan tersumbat (pastikan anda tidak menggunkan titis hidung sehingga timbul rasa ketagihan padanya, sebagai ganti gunakan saline!). Ada selaput lendir di vagina juga, dan sekarang mereka penuh dengan darah yang lebih daripada dahulu. Dan jika keinginan seks anda, yang mungkin tidak menjadi keutamaan kerana rasa keletihan dan mual yang anda alami selama trimester pertama, keinginan seks akan mulai datang kembali memandangkan sekarang ini anda merasa lebih baik, dan anda bersedia untuk hubungan kelamin yang benar-benar baik. Ramai yang mengatakan bahawa seks selama trimester kedua adalah yang terbaik dalam hidup mereka!

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…