Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 16
close
<

Minggu 16

Perut anda

Kandungan anda

Banyak ruang untuk bergerak Bayi anda sekarang boleh muat di telapak tangan, kakinya sudah mencecah 2 sm panjang dan diameter kepala sekitar 3 sm. Dia berkerut, menghisap ibu jari, dan menelan air yang dapat membuatkannya tersedu, tetapi anda tidak akan merasakan apa-apa setakat ini, kecuali sedikit masa lagi. Rambut bayi anda semakin banyak dan semakin panjang. Terdapat bulu kening dan kuku yang terlihat jelas. Rambut halus tidak berwarna, yang disebut rambut lanugo, sekarang mulai menutup tubuh. Adalah dikatakan bahawa tujuannya adalah untuk mempertahankan vernix, yang akan membentuk selama empat minggu akan datang. Ianya adalah zat berminyak yang akan melindungi kulit tipis bayi. Rambut lanugo tidak hilang sehingga menjelang akhir kehamilan. Ini adalah masa yang hebat untuk bayi sekarang. Ada banyak ruang untuk menendang dan bergerak. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Tendangan pertama Jika ini adalah anak kedua anda, adalah mungkin bahawa anda sudah boleh merasakan tendangannya. Ramai wanita menggambarkan rasanya sebagai "gelembung gas" atau "mengipas". Seringkali ianya sesuatu yang telah anda perasan selama beberapa hari atau lebih, tetapi anda tidak menyedari apa yang anda rasakan. Tapi jangan bimbang jika anda belum merasakan apa-apa. Gerakan janin biasanya dirasakan antara minggu 16 dan 20 kehamilan. Ada bayi-bayi yang lebih aktif berbanding dengan yang lain. Mereka sudah mempunyai keperibadian sendiri. Sedarkah anda berbaring terlentang sudah menjadi kurang selesa bagi anda? Jangan lakukannya. Dalam posisi terlentang, bayi menekan anda di aorta, anda dan menhalang aliran darah melalui tubuh anda. Itu sebabnya anda rasa seperti mahu pengsan.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…