< Minggu 14
close
<

Minggu 14

Perut anda

Kandungan anda

Ada sedikit rambut di kepalanya Otot bayi anda semkin membesar, mereka semakin kuat, dan sebagai hasilnya dia boleh menampung dan menundukkan kepalanya dan gerakannya menjadi lebih jelas. Tangan sudah boleh menggenggam dan kakinya boleh menendang sedikit. Kaki bayi anda kini lebih panjang dari lengannya Wajah comelnya semakin kelihatan lebih berupa manusia, dan ciri-ciri individu, ada kemiripan dengan anda atau pasangan anda, menjadi jelas sepanjang masa. Dia mungkin mempunyai sedikit rambut di kepalanya Pengeluaran myelin bermula sekitar waktu ini. Ianya adalah bahan yang berfungsi sebagai penebat di sekitar sistem yang menghantar komunikasi melalui otak.  Produksi ini akan terus berlanjutan sepanjang tahun-tahun pertama kehidupan bayi anda. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Perut anda semakin besar Pakaian anda mungkin merasa ketat seluruh badan dan anda harus membeli seluar panjang dan baju dalam saiz yang lebih besar dari biasa. Dan walaupun rahim anda tidak lebih besar dari sebiji buah limau Jumlah cairan ketuban yang mana bayi anda terampung didalamnya meningkat secara dramatik sekarang, dan itulah yang membuat perut anda bertambah besar. Apakah ada garis hitam di tengah-tengah perut anda? Ianya dipanggil Linea Alba, dan beberapa wanita dapat melihat kehadirannya sekitar waktu ini. Ia akan pudar dan hilang dalam banyak kes, selepas bayi anda lahir. Rambut anda sudah mula pulih daripada stres dibahagian awal kehamilan dan sekarang ianya lebih bersinar dan lebih lebat dari sebelumnya Jika anda masih rasa keletihan, pastikan anda mendapatkan zat besi yang cukup. Berbincanglah dengan bidan atau doktor anda. Dan ingat kehamilan adalah alasan yang benar-benar boleh diterima jika anda bercadang untuk berundur dari melakukan perkara-perkara yang anda tidak rasa mahu melakukannya. Ianya menakjubkan. Dan sangat berguna.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…