Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 13
close
<

Minggu 13

Perut anda

Kandungan anda

Segala-galanya sudah terbentuk dan mempunyai garis kasar Keluar dari zon bahaya! Kesemua organ-organ bayi anda, tulang, saraf dan otot-otot telah terbentuk, dan sekarang masanya untuk ia menjadi matang dan mula berfungsi bersama-sama - dan itu adalah apa yang terjadi pada saat ini, bayi anda sibuk meregangkan dan mengembangkan otot dan sendi.   Semua. tulang masih terdiri dari tulang rawan, namun kini perlahan-lahan ia mula mengeras; mengeras menjadi tulang Walaupun ianya fakta bahawa bayi anda tidak boleh berpeluh di dalam rahim, kelenjar peluh sudah pun berkembang sepenuhnya. Bayi anda akan mengerakkan dadanya sekarang seolah-olah bernafas – ia sebenarnya sedang berlatih dan akan terus melakukannya sehinggalah saat kelahiran.

Anda

Anda

Memasuki trimester yang kedua! Mudah-mudahan anda merasa lebih baik, kurang sakit - trimester kedua sering dialami sebagai masa yang lebih tenang daripada trimester pertama. Tetapi jika anda mempunyai bau dan rasa seperti hendak muntah, ianya mungkin akan melekat. Dan walaupun hormon telah menjadi lebih stabil, dan plasenta mengambil alih lebih banyak daripada pengeluaran hormon, bukanlah perkara luarbiasa untuk merasa mudah tersinggung, sedih dan / atau gembira. Banyak perkara yang terjadi dalam tubuh anda. Tapi juga mungkin kebimbangan keguguran telah mereda sedikit. Minggu Ini sebenarnya bermakna bahawa bahagian penting dari perkembangan bayi anda telah berlaku dengan selamat. Sebahagian besar kecacatan bawaan berlaku sebelum akhir minggu ke10, kerana embrio pada waktu tersebut paling mudah terganggu perkembangannnya. Apakah anda mepunyai rasa mengidam? Ini sebenarnya misteri mengapa beberapa wanita hamil mengidamkan jenis-jenis makanan tertentu. Mungkin ianya dicetuskan oleh perubahan hormon dan emosi. Atau mungkin sesuatu dari yang telah berlaku dimasa lampau, waktu kita tidak makan diet yang seimbang. Megidam terhadap makanan boleh berubah-ubah, ramai yang mengidamkan coklat dan gula-gula; ada pula yang teringinkan buah-buahan strus seperti limau dan jus. Mengidam makanan boleh menjadi baik atau buruk - itu benar-benar bergantung pada apa yang anda ingin makan sepanjang masa. Tetapi jika anda makan diet yang cukup seimbang, banyak sayur-sayuran, kalsium, protin, dan vitamin - dengan apa cara sekali pun, minta pasangan anda keluar di malam hari untuk mencari apa pun yang anda idamkan! Anda sememangnya layak untuk mendapatkannya.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…