Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

< Minggu 12
close
<

Minggu 12

Perut anda

Kandungan anda

Sudah ada kelopak mata! Kepala membesar dengan stabil, bersama-sama bahagian luar telinga dan mata. Otak pula melalui perkembangan yang sangat penting.  Tunas gigi bagi gig kekal dalam proses pembentukannya sekarang. Sekarang ini bayi sudah boleh menelan. Usus akan mula tumbuh memenuhi bahagian abdomen memandangkan terdapat lebih banyak ruang sekarang untuknya. Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Hai payudara baru! Pada akhir minggu ini plasenta, dan bayi anda, akan menghasilkan lebih progesteron dan estrogen, dari anda dan ovari anda. Ini boleh bermaksud bahawa anda merasa lebih baik, jika anda telah melalui rasa mual. Atau sekurang-kurangnya ada harapan untuk beberapa pemulihan di minggu-minggu yang berikut. Rahim anda mengisi pinggul anda dan sekarang mendorong ke dalam perut anda. Adakah anda masih sesuai dengan pakaian anda? Gunakan band elastic pada seluar anda untuk mendapatkan beberapa ruangan tambahan dari pinggang anda Apabila anda bernafas dalam, anda mengambil 40-50 peratus lebih banyak udara ke dalam tubuh anda dari biasanya .. Tulang rusuk anda telah berkembang, yang menjelaskan mengapa coli anda tidak muat untuk dipakai lagi. Dan anda akan mendapati payudara anda juga bersaiz baru! Payudara anda pastinya sudah kian besar dan puting susu serta areola (kawasan sekitar puting) akan menjadi sedikit lebih gelap. Payudara anda juga mungkin merasa sakit dan puting susu anda secara khususnya menjadi lebih sensitif.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…