Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

< Minggu 11
close
<

Minggu 11

Perut anda

Kandungan anda

Ianya bukan lagi embrio Pada saat ini tempoh janin telah bermula, meninggalkan tempoh embrionik kebelakang. Sekarang dengan segala sesuatu di tempatnya, pertumbuhan yang cepat bermula pada Minggu 11! Panjang hujung kepala ke kaki bayi anda, akan bertambah dua kali ganda dalam tiga minggu seterusnya. Hingga minggu ke 20, iaitu pertengahan kehamilan, bayi anda akan meningkat beratnya 30 kali ganda  Dan pada akhir minggu ini kepala dan tubuh bayi akan mempunyai panjang yang lebih kurang sama. Bayi anda sudah mula boleh mulutnya dan lidahnya sudah terbentuk sepenuhnya.  Hatinya akan memakan banyak ruang pada bahagian abdomennya.  Testikel atau ovary bayi anda telah dibentuk dan organ seks luaran sudah boleh dilihat. Dia juga masuk ke tahap yang lebih aktif. Ada banyak ruang dan banyak cairan ketuban untuk dia meregangkan badan dan terapung Ilustrasi oleh Karoline Lenhult 

Anda

Anda

Tiga bulan pertama sampai ke penghujungnya Sementara bayi anda sedang mengalami perubahan besar, banyak perkara pada tahap ini telah berlaku lebih lambat bagi anda. Tetapi sekarang anda berada dalam minggu ke 10 bagi pertumbuhan yang cepat, seperti bayi anda. Anda hampir pada mengakhiri tiga bulan pertama; rahim anda telah mengembang bersama-sama dengan janin di dalamnya. Ianya hampir cukup besar untuk mengisi pinggul anda. Anda masih pada tahap dimana tiada siapa yang benar-benar dapat memberitahu sama ada anda hamil atau apakah anda makan lebih banyak kebelakangan ini. Perkara ini kadangkala mengundang kekecewaan! Anda melihat teman dan rakan kerja yang memandang tetapi tidak berani bertanya. Dan mungkin anda lebih senang jika mereka tidak bertanya! Ianya agak peribadi bila dan siapa yang harus anda beritahu. Walau bagaimana pun yang anda rasakan, jangan cuba turunkan berat badan. Kehilangan berat badan ketika seseorang sedang hamil tidak pernah merupakan idea yang baik. Banyak racun disimpan di dalam lemak tubuh anda dan akan dikeluarkan jika anda kehilangan berat badan. Ini tidak baik bagi bayi. Sebaliknya, perhatikan apa yang anda makan dan berapa banyak anda bergerak;? Jika anda tidak bersenam secara teratur, mungkin anda boleh mula berjalan-jalan atau mungkin anda suka berenang Untuk pengetahuan anda, anda sekarang membakar kalori dengan agak cepat, hingga 25 peratus lebih pantas daripada biasa iaitu sebelum anda hamil Cadangan yang baik untuk minggu ini adalah untuk minum air yang banyak;. anda memerlukannya untuk penghasilan darah dan cecair ketuban baik.

Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…