Bayi anda
Merasai dunia mereka Sektar waktu ini, bayi anda akan mula cuba suara mereka, dan anda akan mendengar suara baru. Penglihatan mereka meningkat dan mereka dapat menumpukan pada kedua-dua jarak panjang dan pendek. Otot yang semakin kuat dan bertambah kuat juga dan anda mungkin perlu berwaspada dengan kaki-kaki kecil yang menendang penuh semangat! Sikecil anda juga boleh mengenggam sesuatu dengan erat tanpa rasa hati-hati dan atau pertimbangan. Ketika bayi anda melihat anda, dia melakukannya dengan rasa minat yang mendalam. Mereka akan menarik-narik rambut anda, menggapai di janggut anda dan menyentap kacamata anda di setiap kesempatan. Jari-jari kecil akan cuba membongkar mulut anda dan menarik hidung anda ... Dan sekarang bayi anda benar-benar mula menerokai dunia untuk nyata - dengan mulut mereka. Untuk setiap saat - ya, memang kesemuanya – apa sahaja yang is terpandang, bayi anda akan mengambilnya dan terus memasukkannya kedalam mulut. Semuanya!
Anda
Masa untuk permainan? Tidak perlu terburu-buru membeli permainan lagi, Bayi anda masih lebih menyukai bekas-bekas plastik, penutup periuk dan senduk-senduk, sudu-sudu kayu dan kotak kadbod yag kosong. Adakah tidur malam anda lebih lena sekarang? Adakah kehidupan dirasakan lebih stabil sekarang? Segala-galanya lebih terurus? Atau adakah anda masih merasa huru-hara? Membentuk rutin-rutin tertentu dapat membantu. Kedengaran seperti sedikit bosan, tetapi kanak-kanak menyukainya. Mereka merasa amat gembira jika mereka dapat jangka apa yang akan berlaku. Klik disini untuk baca lebih lanjut. . Jaga belakang anda sekarang memandangkan bayi anda sudah bertambah berat. Adakah anda ingat untuk membengkokkan lutu bila mengangkat benda yang berat? Selalu angkat dari lutut anda – jangan sekali-kali dari belakang anda.