Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Tips terbaik untuk anak kecil yang kreatif

Disini ada beberapa tips untuk anak kecil yang kreatif, yang benar-benar minat kepada seni dan kraf tangan.

• Membuat cetakan dengan cat – gunakan kentang yang dipotong-potong, gabus, span, penutup botol atau bekas, dan lain-lain barangan yang boleh anda fikirkan • Membuat kolaj - letakkan gam, cat air, kertas, berus mewarna dan pelbagai barangan kolaj yang kecil-kecil yang murah dan menarik, dan boleh didapati dikedai barangan RM5 • Hiasi lembaran kertas besar dengan garis dicat, titik atau bentuk-bentuk lain untuk menghasilkan sejumlah kertas pembungkus hadiah yang murah • Membuat doh mainan: 1 sudu besar minyak; 1 cawan tepung; 2 sudu teh krim tartar, 1 cawan air, ½ cawan garam; pewarna makanan Campurkan kesemuanya ke dalam periuk dan masak dengan api kecil sampai ia sebati dan melekit Uli di atas papan yang ditaburi tepung • Balutkan belon atau piring dengan cebisan kertas yang direndam dan gam, kemudian biarkannya kering dan cat kan ia keesokan harinya • Membuat barang kemas perhiasan dari kertas timah Sangat mudah untuk dibentuk dan dipusingkan kepada bentuk-bentuk yang kita kehendaki • Membuat boneka dari sarung kaki terpakai Tambah cadangan anda di sini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…