27
33
45

Melalui waktu meletihkan selepas balik kerja (jungle hour)

Semua orang berasa letih selepas pukul 4 petang. Jadi, jam-jam berikutnya menuju masa tidur mungkin agak sukar untuk dilalui. (Waktu ini dikenali sebagai ‘jungle hours’.)Bacalah tip-tip di sini!

Bagaimanakah anda melalui ‘jungle hours’? Cubalah strategi ini : • Terimalah kenyataan, bahawa selepas pukul 4 petang, masa anda adalah untuk anak-anak anda • Sekiranya anda bekerja, biasakan diri anda untuk bertukar kepada ‘mod ibubapa’ sewaktu anda dalam perjalanan pulang Setiap kali anda melalui kedai, jalan, ataupun penanda jalan, lepaskan harapan anda dan bertukarlah kepada ‘mod ibubapa’ anda Gunakan beberapa peringatan lembut seperti “Saya tahu rumah akan bersepah” Dan “Tidak mengapalah kalau saya tidak mempunyai masa untuk bertukar pakaian” • Jangan lupa untuk mengambil berat tentang keperluan fizikal anda Ambillah sedikit snek dan pastikan anda menikmati sebarang minuman sebelum ‘jungle hour’ bermula • Jangan jawab panggilan telefon Biarlah panggilan masuk ke peti suara atau tunggu mereka membuat panggilan semula • Jangan melibatkan diri dengan sebarang perbualan dewasa yang penting, melainkan ianya kecemasan Tunggu waktu yang lebih tenang • Jangan buat keputusan yang mustahak, merancang, atau mengambil tindakan disiplin pada pertengahan ‘jungle hour’ Tidak mengapa untuk anda mengatakan “Saya tidak pasti sekarang Saya akan hubungi anda tentang perkara ini keesokan pagi” • Buatlah persediaan sebanyak mungkin untuk makan malam, jika boleh Bergantunglah pada makanan sihat yang anda maklum disukai ramai Kebanyakan ibu menyarankan penggunaan periuk serbaguna, atau memasak dalam kuantiti yang banyak dan menyejukbekukan separuh daripadanya untuk digunakan pada malam yang lain • Ajak anak anda masak bersama Anak kecil juga boleh membantu untuk membancuh dan mengacau kuah Jika tidak, beri mereka mangkuk sendiri dan isikannya dengan kulit lobak, kerak roti, atau pasta dan suruhlah mereka membancuhnya untuk anda Jangan terlalu risau jika bersepah Semuanya boleh dikemaskan nanti Kekalkan rutin anda Rutin yang sama setiap petang adalah bagus untuk semua Semua orang akan dapat menjangka apa yang akan berlaku! • Namun, jangan lupa bersikap fleksibel Seperti contoh, lewatkan masa mandi atau tidak payah mandikan mereka sekiranya anak-anak anda letih, tidak seperti selalu Ada cadangan lagi? Nasihat anda sangat dihargai Tambahkannya di sini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…