30
32
36

Masa untuk berhenti tidur siang

Ia agak sukar untuk berhenti tidur siang – semua orang terasa sedikit letih dan agak pening kepala. Tetapi jangan risau, jika diberi sedikit masa ia akan kembali tenang dan anda akan menemui rutin yang akan mendatangkan hasil.

Ketila usia ini, sudah pasti usaha yang lebih diperlukan untuk membuat anak anda tidur di waktu malam, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mahu tidur Mungkin tabiat tidak mahu tidur ini adalah satu petanda untuk anak anda berhenti tidur siang Tanda-tanda lain yang boleh anda perhatikan: - Jika anda menidurkan anak anda di waktu siang dan mereka masih berjaga satu jam kemudian - Jika satu hari anak anda tidak tidur siang dan mereka masih lagi aktif Mengendalikan masa-masa meragam Masalah awal jika kanak-kanak mula berhenti tidur siang adalah tingkahlaku mereka dipenghujung hari – masa-masa meragam Anda akan merasa kasihan kepada mereka apabila mereka terasa sangat letih sehingga sukar untuk mereka terus berjaga Cuba awalkan masa makan malam dan juga masa tidur malam dan perlu kita ingat yang ia masih dalam tempoh peralihan – ia adalah masa yang sukar Tetapi ia akan berlalu dengan pantas Sukar untuk tidur Masa yang paling sukar adalah apabila mereka memerlukan tidur siang tetapi tidak dapat tidur di waktu malam Ataupun sebaliknya – dimana mereka tidak memerlukan tidur siang tetapi kerap kali tertidur di dalam kereta atau kereta sorong Cuba berikan mereka tidur siang, akan tetapi pastikan tidur malam mereka adalah yang sama Apabila anda menidurkan mereka di waktu malam, beri mereka beberapa buah buku untuk dibaca dan masa 45 minit hingga satu jam untuk mereka melihat buku-buku sebelum tertidur Ingat: tidak semua kanak-kanak akan tertidur beberapa minit setelah mereka naik ke atas katil Beberapa kanak-kanak memerlukan masa sehingga satu jam untuk tidur Waktu tidur siang menjadi masa yang senyap Akan tetapi, anda masih memerlukan masa untuk diri sendiri setiap hari, masa rehat di siang hari untuk semua adalah satu idea yang amat bagus Teruskan dengan rutin tersebut- jika anda mempunyai anak yang berumur dua setengah tahun yang tidak lagi tidur siang, semua orang perlukan masa untuk berehat Biarkan mereka berbaring dengan beberapa buah buku yang mereka suka Dan ingat anda juga perlukan masa untuk berehat dan bergoyang kaki

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…