24
27
33

Mari duduk didalam dirumah dan bermain Let's stay indoors and play

Senarai perkara-perkara menarik yang boleh dilakukan bersama anak anda di dalam rumah semasa anda kebuntuan idea.

Mencari harta karun Kumpulkan permainan anak anda dan sorokkan di sekitar rumah Bantu mereka cari permainan tersebut • Main pondok-pondok Tebarkan selimut di antara dua basikalnya, atau di antara dua sofa / kerusi Berkelahlah bersama di dalamnya • Main permainan memori versi prasekolah Kumpulkan alatan-alatan dalam rumah, letakkan di atas dulang Biarkan anak anda lihat sebentar dan kemudian tutupkan dengan alas dulang Lihat berapa alatan yang dapat diingatinya • Bermain sorok-sorok Letakkan beberapa helai selimut untuk menambah lagi tempat untuk menyorok Adalah lebih baik jika anda dapat turut menyorok! • Bina terowong dengan kerusi atau perabot dan rekalah halangan mudah bagi anak anda memanjat • Permainan berlakon – bergilir-gilirlah menjadi doktor, raja, permaisuri, pendandan rambut, dan penjual di kedai runcit • Membina sebuah orkestra : keluarkan periuk belanga anda dan ketuklah dengan senduk-senduk kayu bagi membuat sebuah kugiran dapur Isikan bekas plastik dengan beras untuk membuat alat penggoncang / ‘shaker’ Atau bermainlah patung muzikal, atau tutuplah lampu dan ajak anak anda menari seperti di dalam disko • Ketepikan semua perabot ruang tamu anda, keluarkan permainan blok, Lego, set keretapi permainan, kereta permainan, dan binalah bandar khayalan anda Ada lagi idea untuk permainan dalam rumah? Sila kongsikan mereka di sini!

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…