33

Kanak-kanak yang memukul

Ia sememangnya tidak pelik untuk kita melihat seorang kanak-kanak memukul, tetapi ada cara-cara untuk menghalang ia dari menjadi satu tabiat.

Hampir semua kanak-kanak, pada tahap tertentu, akan bertengkar dan menolak atau memukul teman sepermainannya Mengetahui bahawa ia adalah tingkahlaku yang umum, ia tidaklah menjadi mudah apabila anak anda yang mencederakan orang lain Sebagai ibubapa anda akan terasa sedih Ia akan membantu jika kita memahami mengapa kanak-kanak bertengkar dan mempunyai beberapa strategi yang konsisten untuk menghentikan ia daripada berlaku lagi Mengapa anak saya memukul atau bertengkar? Kanak-kanak mungkin memukul orang lain jika mereka tidak tahu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ataupun berkomunikasi mengenai keperluan mereka Menyakiti orang lain mungkin merupakan cara bagi anak anda untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan dari kanak-kanak yang lain, seperti mainan yang sedang mereka main Kanak-kanak juga belajar berlawan dengan memerhatikan orang lain, kawan-kawan dan ibubapa bertengkar Untuk menghentikan tabiat memukul Jika strategi menyakitkan kanak-kanak yang lain berhasil, dan anak anda dapat apa yang diinginkan dengan cara ini, tingkahlaku ini mungkin akan diteruskan Kanak-kanak perlu belajar cara-cara yang boleh diterima dan yang tidak menyakitkan untuk bergaul dengan yang lain dan dalam penyelesaian masalah Cuba ini: - lebihkan bermain Untuk mempelajari kerjasama dalam bermain, anak anda perlu bermain dengan kawan-kawan Sentiasa ada di situ, berikan pujian kepada anak anda ketika mereka bermain dengan baik, berkongsi atau berkerjasama - Banyakkan bercakap Tentukan beberapa peraturan yang mudah untuk anak anda bermain dengan orang lain Bincangkan peraturan-peraturan ini bersama Katakan kepada anak anda tentang tingkahlaku yang ingin anda lihat, misalnya – berkongsi dan bergilir, bersikap lemah-lembut, pastikan mereka tidak mengangkat tangan dan kaki kepada orang lain - Pilih aktiviti Anda mungkin perlu menentukan aktiviti-aktiviti yang mengajar sikap berkongsi, bergilir, dan kerjasama, seperti permainan bola dan permainan berpapan Mulakan dengan bermain mainan ini dengan anak anda dahulu - Membantu kemahiran penyelesaian masalah Ambil peranan dan bantu anak anda selesaikan masalah sebelum pertengkaran terjadi Adakalanya kanak-kanak yang lebih tua mengalami masalah penggunaan ayat yang betul Anda boleh membantu dengan mencadangkan ayat-ayat yang sesuai: "Julia katakan seperti ini: "Awak dah pun dapat bermain, sekarang ini giliran saya pula " Ketika mengajar menyelesaikan masalah untuk kanak-kanak prasekolah, tanya mereka apa masalahnya, apa yang mereka inginkan dan apa yang mereka dapat lakukan untuk bertolak ansur Anda ada cadangan yang lain? Sila tambahkan ia di sini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…