18

It's boring to play

Membina blok-blok bangunan dan menidurkan anak patung beruang tidak lagi menarik – bagi anda. Dan sekarang anda merasa bersalah kerana tidak mahu lagi bermain. Namun, usah risau ; cuba ubah perspektif anda.

Anda sebenarnya bukan berasa bosan untuk bermain – anda cuma lebih tertarik kepada barang permainan yang berbeza sekarang Anda telah puas menghabiskan masa kecil anda dengan Duplo, anak patung beruang, main masak-masak, dan kereta mainan - Oleh itu, adalah normal untuk berasa bosan terhadap permainan Tetapi anda sebaliknya dibelenggu perasaan bersalah kerana anak-anak anda pula sungguh teruja untuk mengajak anda bermain bersama Apatah lagi anda merasakan bahawa bermain bersama anak-anak sepatutnya menggembirakan anda, bukan membosankan Main bersama Tetapi tidak perlu rasa bersalah Beri diri anda masa Anda berhak membuat keputusan dan mengatakan ‘tidak’ Anda juga berhak untuk meluangkan masa untuk anda sendiri, sungguhpun ia tidak akan sama lagi seperti dahulu Masa peribadi adalah sangat berharga pada zaman ini Kita akan menjadi rakan sepermainan yang baik sekiranya kita dapat melakukan aktiviti yang anda suka Cuba ubah angin Apa yang anda ingin lakukan? Ianya mungkin tampak mementingkan diri sendiri, namun kompromi sebegini sebenarnya memanfaatkan kedua-dua pihak Berikut adalah perkara-perkara lain yang boleh dicuba : • Mainlah bersebelahan dengan anak anda – namun mainlah permainan yang berbeza Mungkin ianya berkesan untuk anda dan anak anda • Ajak anak anda main ‘permainan’ anda seperti mengajaknya bersenam, melakukan aktiviti luar, berkebun, memasak, atau membelek majalah • Bantu anak anda pada awal permainan, dan biarkan mereka menghabiskannya • Ajaklah ‘rakan sepermainan’ lain menemani anak anda bermain untuk mengurangkan tekanan anda Ada idea lagi? Kongsikan idea-idea anda di sini

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…