42

Belajar menulis

Dengan meningkatkan keupayaan skil motor dan membina minat yang baru, anda sebenarnya membina satu asas yang kuat untuk anak anda belajar menulis.

Anak-anak di bawah lima tahun biasanya belum bersedia untuk menerima arahan, oleh itu jangan paksa anak anda untuk mula belajar menulis jika mereka belum menunjukkan tanda-tanda untuk mula menulis Biarkan mereka lihat anda menulis dan puji mereka sekiranya mereka mencuba untuk menulis atau membaca Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan anak anda mula belajar menulis Suasana restoran di rumah Rancangkan makan malam yang mempunyai menu Tuliskan setiap bahagian makanan yang dihidangkan dan minta anak anda menggambarkannya Bacakan untuknya nama makanan tersebut dengan gambar supaya anak anda yakin untuk membacanya di hadapan seluruh ahli keluarga seperti seorang pelayang restoran Belajar mewarna Dengan menggalakkan anak anda belajar mewarna, dan berikan tunjuk ajar untuk mewarna mengikut sempadan garisan, anda dapat membantu anak anda mengembangkan skil motornya dengan bagus Apabila anak anda mula menulis kelak, dia akan menulis dengan lebih mudah dan kemas Mencipta buku Buku percutian Cipta satu buku mengenai percutian anda sekeluarga Simpan poskad, brosur dan gambar yang diambil semasa percutian untuk diselitkan ke dalam buku tersebut Tampalkan juga objek-objek yang dikumpul sepanjanga percutian seperti karangan laut atau daun pokok untuk menambahkan lagi keseronokan mencipta buku ini Dengan cara begini, anda boleh menunjukkan kepada anak anda bahawa menulis dapat mengumpul dan merekod idea dan memori yang indah ketika bercuti Ini adalah tubuh saya Ambil beberapa foto anak anda dan labelkan setiap bahagian badannya I Boleh merasainya Cipta buku tekstur Pilih tekstur kertas yang pelbagai seperti kertas pasir, kertas gelembung, kertas keras, kertas licin atau beg plastik Kerat tekstur kertas ini, lekatkan di kertas A4 dan tuliskan sedikit penerangan mengenai rasa kertas tersebut

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…