24

Bagaimana hendak melaksanakan latihan tandas

Sampai masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lampin? Adakah anak anda boleh mengetahui bila mereka hendak membuang air kecil atau air besar? Bagus! Beginilah caranya untuk melakukan latihan tandas.

Sudah sampai masa untuk menggunakan bekas tandas kanak-kanak(potty)? Adalah dinasihatkan supaya menyediakan sabuah bekas tandas kanak-kanak sebaik sahaja kanak-kanak mula menunjukkan minat kearah kelakuan kelakuan ditandas, seperti meniru anda apabila anda duduk diatas mangkuk tandas Terdapat banyak pilihan bekas tandas kanak-kanak dalam berbagai bentuk dan saiz Pilihlah yang stabil dan tidak terlalu rendah, mungkin anak anda boleh membuat pilihan sendiri BermulaBegini caranya bermula Tunjukkan bekas tandas kanak-kanak dan biarkan mereka cuba duduk diatasnya Berikan mereka buku untuk dibaca(Terdapat beberapa buku mengenai latihan tandas kanak-kanak yang menarik dipasaran) Jangan bimbang jika tiada apa yang berlaku Apabila ada sesuatu yang jatuh kedalam bekas tandas kanak-kanak, anak anda akan memahami kaitan diantara isyarat yang diterima oleh tubuhnya dan bekas tandas kanak-kanak Jadi tumpukan perhatian Perhatikan betul betul dan cuba fahamkan bahasa tubuh(body language) anak anda Jika sesuatu berlaku bersegera ke bekas tandas kanak-kanak tersebut! Sebenarnya, peluang kejayaan biasanya selepas waktu makan atau selepas bangun tidur Bukakan lampin anak anda selepas dia bangun dari tidur dan bacakan buku ketika dia sedang duduk diatas bekas tandas kanak-kanak Perlu diingat: kanak-kanak yang tidak berlampin dan bekas tandas kanak-kanak berada berdekatan adalah langkah pertama kearah mengucapkan selamat tinggal kepada lampin Tips melatih kanak-kanak ke tandas Langkah berikutnya ialah bertanya dari masa kesemasa, “Adakah anda perlu ke tandas?” Berhati hati jangan terlalu mendesak Jika jawapannya ia, anda perlu bertindak segera Bagi seorang kanak-kanak, adalah satu perkara apabila merasa ingin membuang air, tetapi untuk menahan sehingga duduk diatas bekas tandas kanak-kanak dengan seluar terbuka adalah satu perkara yang lain Ia akan berlaku juga akhirnya Lama kelamaan anda akan semakin mempercayai anak anda mengenai memberitahu anda tentang bila dia perlu ke tandas Beberapa tips dan nasihat mengenai latihan kanak-kanak ke tandas yang berjaya • Bertenang- jangan terlalu taksub mengenai melatih kanak-kanak ke tandasIa akan berlaku akhirnya •Jangan bermula terlalu awal-umur yang sesuai untuk bermula biasanya ialah diantara dua hingga tiga tahun • Jangan paksa anak anda-Jangan denda anak anda-Kesilapan dan tumpahan adalah perkara biasa Beri pujian pada kejayaan tetapi jangan denda kesilapan dan tumpahan • Berikan anak anda minuman secukupnya Ini akan membantu kearah matlamat • Pimpin melalui teladan Biarkan pintu tandas terbuka apabila anda ke tandas supaya anak anda tahu bagaimana ianya dilakukan • Pastikan bekas tandasnya adalah mudah dicapai supaya mereka boleh mengambilnya sendiri dengan segera • Belikan bekas tandas untuk patung mainan anak anda dan letakkan disebelah bekas tandas anak anda Ini membuatkan ia lebih menarik untuk ke tandas Selamat Berjaya! Jangan lupa beritahu kami tentang usaha anda

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…