Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

close

Tiga peringkat proses bersalin

Ada tiga tahap yang perlu anda lalui sebelum anda boleh menyambut bayi anda ke dunia: pelebaran servik, meneran diikuti kelahiran, dan pengeluaran plasenta.

Tahap pertama proses bersalin - pelebaran servik Sebagai permulaan, kontraksi adalah agak jarang, ia datang setiap setengah jam atau lebih, dan berlangsung selama sekitar satu minit Secara berperingkat-peringkat, ia mula terasa lebih kuat dan berlaku lebih kerap Cara terbaik untuk membantu tubuh anda sewaktu kontraksi awal, adalah dengan tidak terlalu risau dan cuba untuk bertenang Pada tahap ini, adalah sangat penting, kaedah pelega sakit yang anda gunakan, mempunyai kesan relaksasi, misalnya mandi air suam, urut dan akupuntur Beberapa waktu kemudiannya, anda mungkin boleh menggunakan gas, pethidine malah epidural Ketika tahap ini berada pada tahap paling kuat, kontraksi akan datang setiap dua minit dan berlangsung selama sekitar satu setengah minit Bagi ibu yang bersalin buat kali pertama, tahap pertama proses bersalin ini, biasanya berlangsung antara 9 dan 15 jam Pelebaran servik untuk lima sentimeter pertama, mengambil masa terpanjang Tahap kedua proses bersalin - meneran dan kelahiran Apabila servik telah melebar sehingga 10 sm, sampailah masanya untuk fasa berikutnya bermula, yang mana melibatkan meneran dengan kontraksi Sepanjang tahap pertama, bayi telah bergerak turun ke pangkal rahim Ketika kepala bayi mencapai dasar punggung, dan sedang berehat berhadapan rektum, anda akan merasa bahawa anda ingin meneran Rasanya seolah-olah anda harus membuang air besar Sewaktu anda meneran, bayi sebenarnya membantu dengan kepala mereka Ketika ia menekan di pangkal pinggul, ia merangsang kontraksi Panjang masa yang diambil untuk tahap kedua dipengaruhi oleh banyak faktor, misalnya tahap kepenatan dan ketenangan si ibu Tahap ini berakhir dengan keajaiban - bayi anda lahir Setelah bayi anda keluar, segala kesakitan akan berhenti segera Kebanyakan ibu merasa lega dan kagum dengan hal ini Dan kemudian tahap ketiga dan terakhir bermula Tahap ketiga proses bersalin - pengeluaran plasenta Sekarang plasenta telah tertanggal dari dinding rahim dan selepas kira-kira 10 minit rahim anda mulai kontrak (ianya tidak merasa apa-apa berbanding dengan apa yang anda telah lalui) dan anda harus membantu untuk meneran keluar plasenta dan membran yang mengelilingi bayi anda Bidan anda akan memeriksa plasenta dan pastikan ianya habis keluar semuanya, yang mana adalah sangat penting Jika ada yang masih tertinggal d dalam rahim, akan ada risiko jangkitan dan pendarahan
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…