38

Tidur pertama

Bayi tidak dapat membezakan di antara malam dan siang apabila mereka lahir. Ini akan memberi kesan kepada waktu tidur anda! Walaubagaimanapun, asalkan anda bersedia dengan keadaan tersebut, ia lebih mudah dari yang anda jangkakan.

Kebanyakan bakal ibu selalu memikirkan bahawa mereka akan kurang tidur setelah melahirkan Ini menyebabkan mereka terlebih tidur sewaktu mereka hamil Tetapi, waktu tidur wanita hamil sering diganggu oleh ketidakselesaan dan sering ke bilik air Keadaan ini sebenarnya menyediakan diri anda untuk apa yang bakal dihadapi - malam-malam tidur yang tidak nyenyak! Bayi perlu disusukan di waktu malam Untuk beberapa bulan pertama, bayi anda tidak akan tidur dengan nyenyak pada waktu malam, kerana bayi tersebut tidak dapat membezakan antara malam dan siang, dan juga kerana kemahuan untuk makan dengan kerap Pada permulaan tumbesaran bayi, menyusukan bayi anda siang dan malam adalah satu keperluan - kerana bayi membesar dengan cepat dan mereka memerlukan nutrisi dari semasa ke semasa Ini adalah naluri semulajadi Ikuti rentak bayi anda Nasihat yang terbaik untuk anda adalah mengikut rentak bayi anda,tidur dan berehat apabila anda berpeluang berbuat demikian Ketepikan seketika apa yang 'mesti' dibuat, kecuali makan dengan diet yang betul Mengekalkan tenaga anda adalah sangat penting sekiranya anda tidak cukup tidur di waktu malam minggu demi minggu Pada mulanya, kebanyakan bayi akan tertidur di dada atau di lengan ibu mereka setelah menyusu badan, kepenatan setelah menyusu Bayi anda sebenarnya berasa sangat selamat dan bahagia tidur dekat dengan ibu mereka, sambil mendengar degupan jantung ibu mereka Anda boleh membantu bayi anda membezakan malam dan siang dengan membiarkan mereka tidur di bilik yang terang di waktu siang Pada waktu malam, pastikan bayi anda tidur di bilik yang gelap dan sunyi Kurangkan bercakap di waktu itu Jangkamasa penyusuan di waktu malam haruslah singkat Tukar lampin bayi anda hanya apabila lampin tersebut basah Terjaga di waktu malam bukanlah sesuatu yang menyeronokkkan Lama-kelamaan bayi anda akan mengetahui bahawa waktu malam adalah waktu untuk tidur Anak-anak perlu tidur terlentang Perlu diingatkan bahawa bayi anda perlu tidur terlentang untuk mengelakkan risiko SIDS Letakkan bayi anda di tilam yang empuk - jangan biarkan bayi anda tidur berlapikkan sesuatu yang lembut seperti kusyen, bantal, kain, kulit atau tilam air Anda juga tidak boleh membiarkan bayi anda kepanasan Pakaikan mereka pakaian dari kain yang nipis Jangan baluti badan mereka dengan kain yang tebal Jika bayi anda berpeluh, rambut yang basah atau ruam di leher, ini bermakna dia kepanasan Bayi yang demam, bernafas dengan cepat, atau tidak boleh berehat juga adalah tanda-tanda bayi kepanasan Untuk keterangan lanjut bagi mengurangkan risiko SIDS, layari wwwsidsorgnz

Pengarang

Libero
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…