close

Senaman selepas melahirkan

Anda mungkin ingin menyingkirkan berat berlebihan semasa proses kehamilan yang lepas, tetapi sebagai permulaan, lakukan aktiviti berjalan, sehingga bidan anda memberikan kebenaran untuk meningkatkan usaha anda.

Sudah pasti anda muak dengan pakaian kehamilan anda, dan anda mungkin terkejut untuk menyedari bahawa anda masih memerlukannya selepas melahirkan Anda mungkin juga sukar untuk membayangkan bahawa tubuh anda akan menjadi seperti sebelum kehamilan yang lalu Tapi ia akan menjadi kenyataan dengan peredaran masa Bila saya boleh mula bersenam? Sukar untuk mencari waktu untuk bersenam ketika bayi menyusu badan dan si ibu masih lagi menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian yang perlu diutamakan Tetapi, memulakan senaman sebelum anda sembuh sepenuhnya daripada proses berpantang adalah tidak digalakkan Oleh itu, jangan memaksakan diri Jangkamasa dua bulan diperlukan untuk menyembuhkan jahitan, meredakan bengkak dan untuk rahim anda kembali ke saiz biasa Namun, seperti ketika anda sedang hamil, sedikit senaman perlu untuk kecergasan Pada peringkat awal, melakukan aktiviti berjalan-jalan dengan kereta tolak beroda bayi adalah senaman yang baik dan mudah untuk mula menyingkirkan lebihan berat badan anda Minta nasihat bidan anda di pemeriksaan berikutnya sekiranya anda boleh kembali bersenam mengikut rutin yang normal Bidan anda akan dapat memberitahu anda masa yang sesuai untuk melakukan lebih daripada aktiviti berjalan Kelemahan Pundi Kencing Mungkin anda sedia maklum bahawa kadang-kadang anda terkucil sedikit ketika anda bersin atau batuk? Senaman yang paling penting untuk dilakukan selepas melahirkan adalah senaman diafragma pinggul untuk mengembalikan keanjalan otot-otot diafragma pinggul anda
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…