close

Senaman di luar rumah

Anda tidak perlu mendaftar di gimnasium untuk kekal aktif. Perkara yang paling mudah untuk anda lakukan adalah aktiviti di luar rumah.

Beberapa jam melakukan aktiviti tahap ringan ke sederhana setiap minggu dapat membantu memerangi stress, dan membuatkan anda merasa sihat dan bertenaga selama kehamilan Bila tubuh anda menjadi lebih kuat, otot-otot anda akan lebih kuat di sepanjang perkembangan bayi di dalam kandungan Senaman juga dapat membantu anda mengelakkan, atau mengurangkan rasa sakit belakang dan kekejangan kaki selama kehamilan Apa yang lebih penting adalah tubuh yang sihat menjadikan anda lebih kuat untuk menghadapi saat melahirkan Tapi itu tidak bermakna anda perlu menjadi ahli gim atau mempunyai jurulatih peribadi untuk kekal sihat Anda boleh melakukannya sendiri Berikut adalah beberapa cadangan: Berjalan Berjalan adalah cara senaman yang selamat untuk wanita hamil Mulakan dengan satu atau dua pusingan di taman perumahan anda dan tambahkan jarak perjalanan dari semasa ke semasa Jika anda baru dalam aktiviti berjalan, lakukan aktiviti ini selama 20-30 minit sebanyak tiga kali seminggu Bakal ibu yang sihat perlu melakukannya selama 30-40 minit Berlari Jika anda seorang pelari, berlarilah mengikut keupayaan anda dan berhentilah jika perlu Contohnya, perlahankan larian anda sekiranya anda mula merasai tekanan pada bahagian bawah abdomen Berbasikal Semasa beberapa bulan pertama kehamilan, berbasikal boleh menjadi senaman yang ideal kerana kedudukan bayi pada waktu itu agak jauh dari pinggul Namun, kemalangan boleh mencederakan bayi dalam kandungan Untuk tujuan keselamatan, gunakan basikal senaman Anda tidak mudah cedera dan anda juga boleh memantau kadar degupan jantung dan kelajuan kayuhan Menari Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk senaman dan menyediakan peluang untuk bersosial Setiap jenis tarian adalah sesuai untuk anda, tapi elakkan daripada melompat atau mengubah gerakan secara tiba-tiba Berenang Adakah anda tinggal berdekatan dengan kolam renang? Air membuatkan anda rasa lebih ringan dan juga memberi belaian lembut kepada tubuh anda Aerobaik air (terdapat kelas kehamilan di kebanyakan kolam renang) dan berenang adalah sangat selamat kerana ia tidak memberikan impak yang kuat pada tubuh, dan anda boleh melakukan aktiviti ini seawal kehamilan sehinggalah beberapa minggu sebelum kelahiran Perlu diingatkan supaya tidak melakukan pergerakan mengiring semasa berenang ketika tahap terakhir kehamilan anda Berenanglah dengan kadar sederhana Pastikan kadar dennyutan jantung anda tidak melebihi 140 denyut seminit dan elakkan kolam yang terlalu panas, seperti kolam terma
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…