close

Senaman di gimnasium ketika hamil

Anda tidak perlu berhenti pergi ke gim ketika anda sedang hamil. Anda hanya perlu meminta kakitangan gim untuk menyesuaikan program kecergasan anda mengikut tahap kehamilan.

Jika anda hamil, anda tidak perlu berhenti pergi ke gim ketika anda sedang hamil Anda hanya perlu meminta kakitangan gim untuk menyesuaikan program kecergasan anda mengikut tahap kehamilan Selalulah berbincang dengan bidan anda mengenai rutin kecergasan anda Kebanyakan gim hari ini menawarkan lebih dari angkat berat dan aerobik Selain kelas yoga dan Pilates, kebanyakan gim juga menawarkan kelas senaman khusus untuk bakal ibu Oleh itu, teruskan bersenam, tetapi ukur keupayaan tubuh anda dan ubah rutin senaman anda Anda tidak boleh, misalnya melakukan:  Senaman abdominal secara terlentang, selepas trimester pertama kehamilan anda  Berpusing dengan kedudukan menghimpit kandungan  Bengkokan badan ke belakang secara agresif Tulang belakang membantu memegang bayi di tempatnya; Bengkokan badan ke belakang secara agresif memberikan kesan sebaliknya Senaman berjongkok dan menekuk lutut (Squats and lunges) – ada yang tidak bersesuaian Latihan angkat berat Latihan angkat berat semasa kehamilan tidak menjadi masalah, walaupun anda perlu menjaga postur yang baik untuk mengelakkan kecederaan dan menggunakan beban yang lebih ringan pada alatan angkat berat Anda tidak perlu untuk membina otot, hanya menjaga keanjalan otot sedia ada Berhati-hatilah ketika anda membuat regangan kerana sendi dan ligamen menjadi lebih elastik selama kehamilan Selalulah berbincang dengan jurulatih yang berpengalaman tentang apa yang selamat bagi anda semasa latihan • Aerobik Hadiri hanya kelas yang dirancang khusus, menumpukan pada latihan diafragma pinggul, postur dan tempoh rehat yang panjang Dan anda harus memilih pilihan yang kurang memberi impak, seperti berlari setempat Elakkan melakukan aktiviti lompatan dengan muzik yang kuat, kerana aktiviti tersebut dapat memberi yang negatif pada bayi • Yoga Kelas kehamilan khusus yang memfokuskan kepada stabilisasi struktur fizikal anda dan mencipta ruang untuk bayi Gaya yoga ini direka untuk menguatkan tulang belakang anda, mempertahankan keselarasan tulang pinggul anda, dan meningkatkan pernafasan Hal ini juga dapat membina ketenangan, dan keyakinan diri ke arah proses kelahiran Jika tidak ada kelas kehamilan khusus di gim anda, beritahu jurulatih anda bahawa anda sedang hamil, dan beliau akan memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan   • PilatesIa bagus untuk meningkatkan keseimbangan diri anda, postur, koordinasi dan pernafasan, dan anda boleh memulakan aktiviti ini setelah mengetahui bahawa anda hamil Namun, beberapa latihan yang dilaksanakan tidak sesuai atau tidak selesa bagi wanita hamil, seperti berbaring di pinggul atau perut Jurulatih anda akan menyediakan beberapa posisi yang bersesuaian dengan keupayaan anda
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…