Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Sakit bersalin dan bagaimana mengatasinya

Ada kemungkinan satu-satunya benda yang anda tahu tentang kelahiran bayi adalah ianya menyakitkan. Dan ianya cukup untuk membuat sesiapa pun berasa takut. Satu cara untuk mengatasi kebimbangan anda ialah dengan mendapat cukup maklumat.

Oh ya, memang sakit bila bersalin Walau banyak mana persediaan pun yang kita lakukan untuk diri kita, ia sememangnya sakit Ada banyak sebab yang baik mengapa ia begitu: pertama sekali, otot dibahagian rahim bekerja pada kapasiti penuh, kemudian pabgkal rahim mengembang 10sm, diikuti dengan regangan ligamen yang memegang tulang punggung Kelahiran bayi menyakitkan Ya, kelahiran bayi menyakitkan Tetapi tidak ada siapa yang pasti banyak mana sakit yang akan mereka rasai atau bagaimana mereka akan bertindakbalas terhadap sakit tersebut Ada banyak faktor yang mempengaruhi bagaimana kita mengatasi kesakitan tersebut: bagaimana rumitnya kelahiran tersebut, berapa lama masa yang diambil, ketahanan sakit individu, sokongan yang anda dapat dari bidan dan lain-lain, tahap kesihatan anda, berapa penat yang anda rasakan dan rasa selamat yang ada pada anda Sakit bersalin itu subjektif Ini adalah kerana, kesakitan itu sendiri adalah subjektif dan banyak dipengaruhi oleh sikap mental anda – yang mana merupakan satu aspek dari kelahiran bayi yang anda boleh kawal Boleh mengawal tidak bermaksud menjauhi semua penahan sakit Ianya bermaksud, membuat keputusan yang betul untuk diri anda Mengetahui apa yang sedia ada Selari dangan ini, anda mungkin ingin membincangkan pilihan penahan sakit yang sedia ada serta kebaikan dan keburukannya dengan Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda untuk membantu anda mebuat pelan kelahiran Hakikatnya, satu perkara yang boleh meningkatkan tahap kesakitan adalah rasa takut – dari itu, lebih banyak anda bersedia dan lebih banyak pengetahuan anda tentang apa yang berlaku, pengalaman bersalin anda akan menjadi lebih baik Dan ingatlah bahawa ianya tidak penting samada anda anda memilih untuk mengambil penahan sakit sewaktu bersalin atau tidak Proses bersalin bukan satu pertandingan, sungguh pun ramai yang beranggapan bahawa adalah lebih baik bersalin tanpa menggunakan ubat Jangan dengar kata-kata mereka Apa yang penting ialah proses bersalin anda berjalan dengan lancar Ianya patut berasa baik bagi anda dan sesuaikan dengan keadaan anda Setiap kelahiran adalah unik Badan anda boleh melalui sakit bersalin Adalah lebih baik untuk mengelakkan dari mempunyai terlalu banyak idea-idea dan prasangka khususnya tentang apa yang betul dan apa yang salah Cuba lebih terbuka kepada nasihat Pegawai Penjaga Materniti (LMC) dan lebih prihatin tentang bagaimana anda rasa bila waktunya tiba Prihatin kepada badan anda Walau pun anda rasa takut dan risau, badan anda tahu bagaimana untuk melahirkan seorang bayi Ianya memang dicipta untuk mempunyai anak Percaya pada diri anda Sakitnya kadangkala dirasakan bagai tidak tertanggung, tetapi badan anda akan menghasilkan endorfinnya sendiri untuk membantu anda melaluinya
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…