close

Sakit belakang dan pinggul

Ramai wanita mengandung mengalami sakit belakang dan sakit pada bahagian pinggul. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan.

Sakit belakang Sakit belakang ialah perkara yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim Berwaspadalah dengan postur badan anda ; dengan menegakkan bahagian pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang Selain itu, pastikan tulang belakang sentiasa dalam keadaan baik dengan bersenam Yoga, berjoging dalam air (aqua jogging), dan berenang adalah aktiviti yang sangat baik untuk dilakukan Sakit belakang yang berterusan mungkin memerlukan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen Jika anda berasa kurang pasti, hubungilah pegawai penjaga materniti (LMC) anda Sakit pada bahagian pinggul Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD) Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul Rawatan Kesakitan pada bahagian pinggul biasanya bermula pada pertengahan kehamilan Pegawai penjaga materniti (LMC) anda mungkin akan menyarankan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor Penggunaan tali pinggang sokongan pinggul (pelvic support belt) serta senaman dapat membantu melegakan kesakitan Elakkan pergerakan yang besar yang dapat memudaratkan anda Cubalah tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan : • Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu • Sentiasalah tukar posisi anda • Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan • Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah sangat penting • Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit • Pakailah kasut rata yang mudah dipakai Bagaimana jika kesakitan berlanjutan sehingga selepas kelahiran? Dalam kebanyakan kes, kesakitan tersebut akan berkurangan selepas kelahiran, namun ianya masih boleh berlanjutan dalam sesetengah kes dan hal ini memerlukan rawatan selepas bersalin Bercakaplah dengan pegawai penjaga materniti (LMC) Adakah anda pernah mengalami sakit belakang atau pinggul? Adakah anda mempunyai sebarang nasihat atau tip? Adakah tali pinggang sokongan pinggul memberi kesan positif kepada anda? Beritahulah kami tentangnya di sini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…