Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Posisi bersalin

Anda boleh meringankan kesakitan bersalin dan membantu proses bersalin dengan bergerak sedikit dan bertukar-tukar posisi berlainan.

Sewaktu tahap pertama proses bersalin, kontraksi boleh menjadi amat menyakitkan Bayi akan berpusing dan turun ke bawah menerusi laluan kelahiran, yang mana adalah melengkung Itulah sebabnya ia membantu untuk mencari posisi yang paling selesa Berjalan, berdiri, atau menyandar ke dinding atau kepada orang yang menyokong anda adalah bagus kerana graviti membantu menggerakkan bayi ke bawah Anda mungkin akan merasa paling selesa dengan melutut bertongkatkan tangan, duduk tegak atau berbaring mengiring diatas ‘bean bag’ atau kerusi malas Ianya juga mungkin membantu dengan meletakkan tangan anda diatas peha, bongkok sedikit ke hadapan dan berhayun ke depan dan ke belakang semasa kontraksi Pilih posisi bersalin yang sesuai untuk anda Pada peringkat seterusnya, peringkat tolakan, pilih posisi bersalin yang paling sesuai untuk diri anda Samada anda memilih untuk bersalin berdiri, berbaring, meringkuk, berehat diatas tangan anda dan lutut atau duduk tegak, bergantung kepada anda Bersalin dengan berbaring Bergerak ke sana ke mari sepatutnya tidak menjadi sesuatu yang anda perlu buat pada situasi yang sudah sedia mencabar bagi anda Prihatin pada badan anda dan ikut rasa hati Tidak ada apa salahnya jika anda memilih untuk duduk diam dan berbaring, jika itu yang anda rasakan sesuai untuk anda Gunakan Pegawai Penasinat Materniti (LMC) sebagai penasihat anda
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…