close

Persediaan untuk kelahiran

Tiada ungkapan terlalu awal untuk persiapan kelahiran.

Senaman semasa hamil bukan sahaja membuatkan anda rasa sihat - kuat dan bertenaga - bayi anda juga mendapat faedahnya Dan ia boleh memudahkan proses melahirkan kelak! Senaman pernafasan dan rehat yang cukup juga tidak kurang pentingnya Perkara-perkara ini bukanlah sesuatu yang anda harus buat seorang diri Anda boleh meminta pasangan anda turut serta Anda boleh cuba perkara-perkara berikut di rumah dengan pasangan anda: Berehat Baring dengan selesa beralaskan bantal untuk menyokong belakang anda, tarik nafas dan rasai bagaimana otot-otot anda berada dalam keadaaan rehat Kembalikan semula badan anda dalam keadaan biasa, dan ulangi tarik nafas semula Anda boleh melakukan senaman ini berlatarkan alunan muzik yang menyegarkan Berehat dalam keadaan yang tenang dan harmoni ini akan memberikan keselesaan kepada kandungan anda Anda juga boleh melakukan senaman ini semasa menghadapi proses kelahiran Urutan Urutan mengurangkan kesakitan dan intimasi Urutan perlulah dilakukan perlahan-lahan dan dengan cara yang lebih mudah Anda perlu mengetahui cara urutan yang sesuai untuk wanita hamil dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengannya atau berjumpa dengan pakar urut yang bertauliah Urutan boleh digabungkan dengan mandian air panas untuk memberikan keselesaan terhadap badan yang lenguh-lenguh Senaman pernafasan Senaman pernafasan sangat bagus untuk persediaan kelahiran Terdapat beberapa kaedah senaman pernafasan yang anda boleh lakukan Anda boleh bertanyakan kepada bidan untuk mengajarkan kepada anda kaedah senaman yang betul, kemudian praktikkannya dengan pasangan anda
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…