Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Panduan menyusu badan untuk ayah dan pasangan

Menyusu badan adalah satu-satunya perkara yang tidak boleh anda lakukan, Tapi anda masih hampir sama pentingnya dengan pasangan anda dalam proses menyusu bayi. Ini adalah kerana bantuan dan sokongan adalah kunci kejayaan menyusu badan.

Anda mungkin mengatakan pada diri sendiri, masa anda akan datang kemudian, ketika bayi anda sudah besar sedikit dan peringkat menyusu badan sudah berlalu Anda berfikir hanya pasangan anda adalah penting kerana dia adalah satu-satunya dengan payudara Tapi itu tidak benar Pasangan anda memerlukan sokongan Percaya atau tidak, anda adalah kunci untuk memastikan penyusuan badan berjaya dilakukan Pasangan anda memerlukan sokongan Menyusu badan tidak selalunya bermula dengan lancar Pasangan anda harus membiasakan diri menjadi seorang ibu (ada banyak hormon yang terlibat di sini) dan harus menyediakan ‘susu bayi’ 24 jam sehari, dan bayi juga perlu membiasakan dirinya menghisap dan mendapatkan jumlah yang susu yang tepat Ini semua memerlukan masa Sepanajng fasa ini, pasangan anda memerlukan semua bantuan yang dia boleh Dia dan bayi memerlukan masa yang tenang dan aman untuk hanya duduk di sofa atau berbaring di tempat tidur dan menyusukan bayi sebanyak yang dia mahu Pasangan anda memerlukan sokongan dan dorongan, terutama jika masalah timbul sejak awal lagi, contohnya, jika payudara dan puting menjadi bengkak, dan bayi ingin menyusu tanpa henti Kajian menunjukkan bahawa sokongan anda sangat berharga ketika keadaan menjadi sukar Menjaga keperluan sehari-hari Membantu dengan tugas-tugas sehari-hari, seperti membekukan makananan untuk kuantiti-kuantiti yang kecil, atau mengambilkan segelas air (semua ibu menjadi sangat haus sewaktu menyusukan bayi, kerana susu memerlukan banyak cecair) adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk memastikan proses penyusuan berjalan dengan baik Tetapi mengapa menyusu badan begitu penting? Jawapannya mudah: kerana susu ibu adalah sangat berkhasiat Fakta tentang susu ibu: • Mengandungi asid lemak dan protin penting bagi sel bayi dan pertumbuhan tisu • Kandungan nutrisinya berubah mengikut peningkatan usia bayi • Ia memindahan antibodi dari ibu, yang mengawal jangkitan • Ia mencegah atau melewatkan alergi • Ia memberikan perlindungan jangka panjang terhadap pelbagai penyakit kronik Jadi, adalah penting untuk memastikan penyususan badan bermula dengan baik untuk bayi anda Tugas anda di sini adalah untuk mengurus segalanya sesuatu kecuali penyusuan itu sendiri Ada banyak artikel tentang menyusu badan di laman web ini Ianya disasarkan pada ibu, tetapi ia juga boleh menjadi bahan bacaan yang menarik dengan banyak tips untuk ayah dan pasangan Bacalah lebih lanjut
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…