Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Menjadi pelatih bersalin yang terbaik

Bukanlah sukar untuk menjadi pelatih bersalin terunggul. Mulakan dengan membaca artikel ini dan anda akan sampai kesana.

Apakah pandangan anda tentang kelahiran? Adakah anda takut? Sangat teruja? Berharap anda tidak akan sampai ketahap itu? Fokus? Atau tidak tahu apa yang anda fikirkan? Anda tidak bersendirian Adalah sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku buat pertama kali Jika anda dengan sekumpulan wanita bercakap tentang proses bersalin, anda dengan segera akan sedar yang ianya adalah proses yang menyakitkan, rumit dan panjang, serta memenatkan Malahan, anda juga akan sedar ada harapan yang disandarkan kepada anda Anda akan berada disitu sewaktu proses kelahiran dan anda ingin membantu Tapi bagaimana? Satu perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh orang laki-laki – untuk kedua-dua diri anda dan pasangan anda ialah – membuat persediaan Untuk membantu, kami telah kumpulkan satu pelan 3-langkah untuk memastikan anda menjadi seorang pelatih bersalin yang diperlukan oleh pasangan anda 1 Tahu apa yang di harapkan Jadilah ‘pemburu’ dan cari maklumat Ada banyak buku yang tidak terbilang banyaknya mengenai kehamilan, kelahiran dan penjagaan kanak-kanak Tetapi satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan ialah membaca bahan-bahan didalam laman web ini! Dengan membaca, ianya bukan sahaja membuatkan anda merasa sebahagian dari proses ini, tetapi juga membuatkan pasangan anda rasa dicintai dan diberi sokongan Adalah idea yang baik untuk menyertai sebanyak mungkin kelas antenatal - anda akan lebih menghargai maklumat terperinci tentang proses bersalin dan kelahiran, dari awal hingga akhir Kadangkala ia boleh berlaku dengan sangat pantas, tetapi tidaklah selalu begitu Bagi kebanyakan wanita, proses bersalin adalah satu pengembaraan, dan adalah sangat membantu untuk anda mengetahui bahawa pengembaraan ini datang dalam tiga peringkat Adalah juga bagus untuk bersedia secara visual bagi menghadapi hari penting ini – tonton video kelahiran normal atau pembedahan c-section Ianya akan memberi anda lebih maklumat tentang sudut proses bersalin yang “tidak begitu cantik”, dan tidak glamor 2 Buat persediaan Fahami peranan anda sebagai pelatih Bidan anda ada disitu untuk memastikan pasangan anda dan bayi dapat melalui proses bersalin dan kelahiran dengan baik Tetapi anda ada peranan yang besar untuk memastikan pasangan anda merasa selesa dan menyampaikan hasratnya Bincangkan pelan kelahiran dengan pasangan anda untuk memastikan anda faham apa yang beliau lebih suka berkaitan ubat penahan sakit dan intervensi Adalah juga memberi manfaat untuk membina hubungan yang baik dengan bidan atau Pegawai Penjaga Materniti (LMC), memandangkan anda mungkin perlu beritahu mereka apa yang pasangan anda lebih suka jika beliau tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk memberitahu sendiri kepada mereka 3 Bersedia menghadapi apa yang akan berlaku Kenyataannya ialah, proses bersalin dan kelahiran akan pudar berbanding cabaran tinggal bersama bayi yang baru lahir Walaupun hari-hari awal yang dilalui adalah indah, masalah tidak cukup tidur akan bermula, dan pertukaran cara hidup adalah amat ketara dan adalah sangat mudah bagi kedua-dua anda melalui perubahan emosi yang naik dan turun Ada bapa-bapa yang rasa tidak selesa dengan kehadiran bayi baru hanya kerana mereka kurang berkeyakinan Rahsianya adalah untuk cuba melakukannya sendiri sebanyak mungkin dari awal lagi Dengan berinteraksi dengan bayi anda, anda akan dapati mereka tidaklah sangat tidak berupaya seperti yang anda takutkan Ingatlah, pasangan pun anda masih belajar juga
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…