Menamakan bayi< - Mengandung - Your stage - Drypers Malaysia
close

Menamakan bayi<

Memilih nama boleh menjadi salah satu cabaran terbesar – dan juga salah satu perkara yang paling gembira – yang anda akan hadapi semasa hamil. Berikut merupakan tips untuk pilihan yang penting ini.

Terdapat pelbagai strategi untuk mendapatkan nama yang sempurna Sesetengah ibubapa ingin melihat bayi mereka dahulu sebelum mencari nama yang sesuai dari buku-buku nama untuk anak mereka Terdapat juga yang akan memeilih berdasarkan agama dan etnik, sedangkan ada juga yang akan menamakan anak mereka sempena ahli sukan ataupun penghibur kegemaran mereka Ada yang percaya bahawa nama yang popular dan mudah dieja akan memudahkan anak anda kelak Namun, terdapat juga yang merasakan bahawa nama yang unik akan membuatkan anak anda lebih menonjol daripada yang lain Kebanyakan ibubapa akan memilih nama yang mereka suka Nama yang anda pilih biasanya akan mencerminkan diri anda berbanding bayi anda Berikut terdapat beberapa tip : 1Susur galur keluarga anda merupakan titik permulaan yang baik untuk anda mula mengumpul beberapa nama yang sesuai 2 Jika anda ingin memilih nama ibu atau bapa saudara kegemaran bagi menghargai jasa mereka, tetapi tidak begitu minat terhadap nama mereka, gunakanlah sebahagian sahaja daripada nama tersebut atau variasikanlah nama itu dengan gabungan moden 3 Sesetengah ibu bapa telah menyenaraikan dua atau tiga nama, dan hanya akan membuat keputusan setelah melihat bayi mereka 4 Berhati-hati dengan nama-nama comel yang mungkin tidak sesuai untuk anak anda apabila dia meningkat dewasa kelak 5 Seelok-eloknya anda harus mengetahuilah maksud bagi nama yang anda pilih 6 Apabila memilih nama, jangan lupa fikirkan kombinasi yang sesuai apabila digabungkan dengan nama bapanya Sekiranya nama bapanya sudah cukup kompleks, nama yang ringkas mungkin lebih sesuai baginya Fikirkan sekali nama pendek/ nama panggilan yang akan kedengaran elok 7 Bagi menguji nama yang sesuai, anda boleh cuba untuk berdiri di belakang pintu dan memanggil beberapa nama, seolah-olah memanggil anak anda untuk pulang dari bermain 8 Sekiranya anda dan pasangan anda tidak dapat mencapai kesepakatan dalam memilih nama, cuba berkompromi ; pilih nama dengan 2 sukukata – seorang dapat memilih satu, ataupun anda memilih nama perempuan dan pasangan anda pula memilih nama lelaki 9 Anda boleh juga menjemput keluarga dan rakan terdekat anda untuk membantu anda membuat pilihan Namun, kebanyakan ibubapa lebih suka mencegah komen-komen negatif daripada orang luar dengan merahsiakan nama anak anda sehinggalah hari kelahiran bayi mereka
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…