close

Membuang tabiat merokok

It's Berhenti merokok memang tampak mudah daripada yang dijangkakan. Tetapi, mengandung adalah alasan yang bagus untuk anda berhenti merokok dan ianya mungkin dapat menjadi pendorong anda yang terbaik.

Anda tentu sudah sedia maklum bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan, jadi tidak perlulah kami mengulas dengan lebih lanjut tentang bahaya merokok kepada individu Anda mungkin telah mengetahui banyak hal tentang cara-cara untuk berhenti merokok, oleh itu kami juga tidak akan mengulas tentang perkara ini Merokok akan memberi kesan yang besar terhadap bayi anda Namun, tahukah anda bahawa merokok sangat membahayakan bayi anda kerana semua bahan toksik akan disalurkan kepada bayi anda melalui plasenta dan tali pusat, dan kemudiannya melalui susu badan anda? • Karbon monoksida akan mengurangkan oksigen dalam darah, oleh itu bayi anda akan kurang mendapat oksigen • Nikotin pula akan mengecutkan saluran darah dalam tali pusat dan plasenta - lalu menyebabkan kurangnya nutrien dan oksigen yang dapat disalurkan kepada bayi anda Merokok boleh mengakibatkan kelahiran bayi pramatang Ibu-ibu mengandung yang merokok biasanya akan bersalin lebih cepat daripada tarikh yang dijangkakan, dan bayi-bayi ini akan dilahirkan dengan kurang berat badan serta organ-organ badan yang lebih kecil berbanding dengan bayi-bayi yang dilahirkan oleh para ibu yang tidak merokok Merokok adalah alasan terbaik untuk anda dan pasangan anda berhenti merokok Anak-anak patut dilindungi daripada asap rokok kerana tembakau dalam rokok akan menyebabkan alahan dan jangkitan untuk jangka masa panjang Selain itu, merokok juga boleh mengakibatkan sindrom kematian bayi mendadak Oleh itu, hubungilah talian bantuan Quitline di 0800 778 778, atau berbincanglah dengan doktor / penasihat LMC agar anda dan pasangan anda dapat berhenti merokok sepenuhnya Sudahkah anda berhenti merokok? Adakah anda mempunyai tips untuk ibu-ibu lain yang cuba berhenti merokok? Kongsikan cerita anda di sini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…