close

Makanan ketika hamil

Kini pasti bahawa anda mengambil makanan untuk dua orang, dan salah seorang sedang membesar. Tetapi, ia tidak bermaksud anda perlu makan untuk dua orang, bukankah itu lebih baik? Berikut adalah apa yang perlu tahu mengenai pemakanan semasa kehamilan.

Penting bagi anda untuk makan dengan diet yang betul ketika hamil, tetapi ini tidak bermaksud anda harus makan untuk dua orang Kuantiti makanan yang di makan bergantung kepada individu Kebiasaannya, snek tambahan seperti segelas susu, sandwic dan sebiji pisang boleh ditambah di dalam diet anda Apa yang boleh saya makan sepanjang kehamilan saya? Pada umumnya, anda boleh makan seperti biasa Ini bererti, diet seimbang yang pelbagai, dibolehkan asalkan anda mendapatkan semua nutrisi yang anda perlukan Jangan lupa bahawa kesejahteraan anda sangat penting selama sembilan bulan ke depan, jadi cubalah untuk makan dengan diet yang betul Berikut adalah lapan tips diet yang anda boleh fikirkan: 1) Makan bijirin Pilih roti bijirin yang mengandungi banyak serat untuk mengelakkan sembelit 2) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran Pakar mengesyorkan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran, seelok-eloknya 3 hidangan buah-buahan kuning, sayuran dan sayuran berdaun, dan 2 hidangan yang lain Buah-buahan dan sayur-sayuran mengadungi karbohidrat dan juga anti oksidan, vitamin dan mineral 3) Makan makanan berprotein tinggi Makanan berprotein tinggi sangat elok untuk tumbesaran, oleh itu pastikan anda mengambil banyak daging, ikan, ayam, telur, dan kekacang 4) Selalulah makan ikan Ikan mengandungi asid lemak yang penting, yang penting untuk perkembangan otak anak anda Ikan juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting seperti vitamin D, iodin dan selenium 5) Makan produk tenusu Kandungan kalsium (penting untuk gigi dan tulang bayi) di dalam produk tenusu rendah lemak adalah sama dengan pilihan lemak penuh, oleh itu pilihlah yang rendah lemak 6) Elakkan Listeria Bakteria maut listeria boleh melalui makanan tercemar ke wanita hamil dan kandungan mereka, menyebabkan kematian atau kelahiran pramatang Listeria membiak pada makanan yang disimpan pada suhu rendah Oleh itu, elakkan memakan makanan sejuk, daging pra masak seperti hotdog, makanan laut yang mentah dan bakar, keju lembut seperti brie dan Camembert dan salad yang disimpan lama Elakkan juga susu tidak terpasteurisasi Jika anda makan makanan pra masak, panaskan makanan secara menyeluruh dan basuh semua makanan segar sehingga betul-betul bersih 7) Gunakan hanya sedikit mentega, marjerin dan minyak Pastikan makanan perlu ada sekurang-kurangnya rendah lemak, bukannya tiada lemak langsung Bayi anda perlukan lemak yang baik untuk pertumbuhan otaknya 8) Minum banyak air, seelok-eloknya dua liter sehari, dan berhati-hati dengan kandungan gula dan garam di dalam makanan anda Untuk keterangan lanjut, layari wwwhealthedgovtnz, di bahagian ‘eating for healthy pregnant women’
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…