Lapan tip mengenai pakaian bayi - Mengandung - Your stage - Drypers Malaysia
close

Lapan tip mengenai pakaian bayi

Kulit bayi anda halus dan sensitif. Oleh itu, pilihlah pakaian bayi dengan menitikberatkan keprihatinan terhadap alam sekitar, kesihatan dan juga keselesaan. Tip-tip berikut dapat membantu anda.

Perkara-perkara yang perlu difikirkan semasa membeli pakaian bayi: 1 Basuh semua pakaian baru sebelum digunakan Ini dapat mengurangkan tahap kandungan toksik yang selalunya terdapat pada pakaian baru 2 Sekiranya pakaian tersebut dibungkus di dalam beg polythene atau bungkusan lain, buka beg tersebut di luar rumah supaya wap bahan kimia formaldehyde dibebaskan di udara untuk mengelakkan anda dan bayi anda menghidunya 3 Seboleh mungkin, elakkan daripada membeli pakaian bayi yang mempunyai corak huruf-huruf daripada bahan seperti getah kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia phthalates Biasanya, corak huruf PVC yang mengandungi phthalates adalah lembut dan elastik 4 Pastikan bayi anda tidak memegang atau menghisap corak huruf getah ini semasa mandi atau menukar pakaian 5 Carilah produk yang mempunyai eco-label 6 Beli pakaian terpakai Ia mesra alam-sekitar, dan lebih lembut kerana telah digunakan dan dibasuh berulang kali (Oleh kerana itu, pakaian tersebut mengandungi kurang bahan toksik) 7 Pilih mengikut kesesuaian Pilih pakaian yang mudah ditanggalkan semasa menukar lampin 8 Pilih mengikut keselesaan Pilih pakaian berfabrik lembut tanpa zip yang boleh menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…