close

Kehamilan dan keselamatan makanan

Jika anda hamil, anda perlulah memastikan makanan yang anda makan adalah selamat, kerana keracunan makanan boleh membahayakan bayi di dalam kandungan.

Amalkan enam peraturan berikut untuk mengelakkan keracunan makanan: 1 Cuci dan keringkan tangan anda dengan menggunakan sabun sehingga bersih sebelum dan sesudah mengendalikan makanan, sebelum makan, selepas menggunakan tandas, menukar lampin atau mengendalikan haiwan 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran perlulah dicuci sebelum dimakan dan periksa tarikh luput pada makanan 3 Pastikan hidangan makanan panas anda sentiasa panas dan makanan sejuk anda sejuk Sentiasa panaskan lebihan makanan sehingga ia panas dengan sempurna Kebanyakan bakteria akan mati pada suhu 100C Jangan panaskan makanan lebih dari sekali dan makanan yang dimasak hendaklah dimakan dalam tempoh dua hari 4 Masak semua makanan, terutama ayam, pastikan ia betul-betul masak, terutama ketika memanggang ayam BBQ 5 Sejukkan lebihan makanan dengan segera Jangan biarkan makanan dan minuman dibiar terbuka dalam jangka masa yang lama, terutamanya di luar Simpan di dalam bekas yang bertutup rapat menghalang dari tercemar serangga Jangan cairkan makanan beku dan daging di tempat yang terbuka – cairkan ia di dalam peti sejuk atau gunakan ketuhar gelombang mikro 6 Asingkan makanan mentah dari makanan yang telah dimasak semasa persediaan makanan dan penyimpanan makanan Di dalam peti sejuk, makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan di atas bahan mentah dan sediakan papan pemotong yang berlainan untuk bahan mentah dan makanan yang telah dimasak Cuci peralatan-peralatan dan permukaan dapur dengan air sabun yang panas, diantara waktu pengendalian makanan mentah dan makanan yang telah siap untuk dimakan
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…