close

Keguguran

Keguguran merupakan kehilangan nyawa dan juga harapan. Di samping itu, rasa kehilangan itu menyebabkan anda berasa bimbang sekiranya anda tidak akan mendapat zuriat buat selama-lamanya.

Sebaik sahaja anda disahkan positif terhadap ujian kehamilan, hidup anda berubah Kemungkinan akan ada fetus/janin di dalam rahim anda tetapi, banyak perkara boleh berlaku – anda sedia maklum tentang itu Tetapi sejak hari itu, di dalam kepala anda, di dalam setiap perancangan hidup anda, dalam setiap harapan anda, anda mempunyai bayangan yang anda mempunyai anak dalam hidup anda - anak yang sebenar, lahir dengan cukup sifat, dan anda juga sudah mula terfikir akan nama yang sesuai untuknya Maka keguguran adalah sesuatu yang sangat mengecewakan – anda berasa sangat kosong dan sugul ; kesedihan ini amat perit untuk anda lalui Apakah yang menyebabkan keguguran? Kebanyakan kes keguguran berlaku setelah minggu ke 12 Ini adalah disebabkan oleh kecacatan dalam pertumbuhan janin sewaktu trimester pertama yang sangat kritikal ; iaitu semasa organ-organ penting bayi sedang dibentuk Sekiranya anda mengetahui lebih dahulu tentang keadaan ini, ianya mungkin dapat mengurangkan kesedihan, namun ianya hanya akan menenangkan anda buat masa yang tertentu Apa yang lebih teruk lagi, keguguran akan menyebabkan keresahan dan kegelisahan dalam masa akan datang ; Adakah terdapat sesuatu yang tidak kena dengan saya? Mungkinkah saya tidak boleh mengandung? Adakah saya akan menjadi ibu? Beranikah saya mencuba lagi? Anda bukan keseorangan Keguguran mempengaruhi satu daripada empat orang wanita di New Zealand Tanda-tanda awal keguguran Anda tidak boleh menghalang keguguran Ia biasanya bermula dengan kesakitan seperti kekejangan yang anda lalui sewaktu prahaid, diikuti dengan pendarahan Walaubagaimanapun, pendarahan pada peringkat awal kehamilan tidak semestinya mengakibatkan keguguran Jadi anda seharusnya menghubungi pegawai kesihatan materniti (LMC) anda sekiranya berlakunya pendarahan Apa yang perlu dilakukan? Hubungi pegawai LMC anda dan dia akan memberitahu hospital tentang kedatangan anda Setibanya anda di sana, doktor akan menjalankan pemeriksaan dalaman untuk menentukan samada keguguran telah berlaku selengkapnya ataupun tidak Sekiranya pemeriksaan mereka mendapati bahawa keguguran anda belum lengkap, anda tidak akan ditahan di hospital Jika keadaan tidak pasti atau sebaliknya pula, anda perlu di’scan’ Jika keputusannya menunjukkan plasenta masih kekal di tempatnya, kemnungkinan besar anda akan diberi 3 pilihan ; a) Tunggu dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor b) Diberi ubat untuk mempercepatkan kelahiran secara normal agar uterus anda dapat dikosongkan Anda biasanya perlu diletakkan di bawah jagaan doktor dan perlu kembali lagi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut c) Pembedahan Dilation & Curettage (D&C) iaitu pembedahan yang memerlukan anda untuk tinggal di hospital hanya untuk beberapa jam selepasnya Mencuba lagi selepas keguguran Selepas keguguran, biasanya ia akan mengambil masa sebulan dua untuk kitaran haid anda normal semula Tetapi ingatlah bahawa anda boleh mula mencuba pada bila-bila masa yang anda hajati Mengalami keguguran sekali tidak bermaksud ianya akan berulang lagi Benar, wanita yang telah mengalami satu atau dua kali keguguran mengalami risiko yang lebih tinggi, tetapi anda tetap mempunyai peluang Mengelakkan keguguran Dapatkah kita berbuat apa-apa untuk mengelakkan keguguran? Tidak sebenarnya Badan anda mempunyai kod-kod tertentu untuk membentuk insan baru dalam diri anda apa yang anda boleh lakukan hanyalah menghindari merokok, dadah, alkohol, dan senaman yang berlebihan Tetapi dapatkah anda lakukah lebih daripada itu? Malangnya tidak Apa yang kita mampu lakukan hanyalah dengan mencuba lagi, percaya pada Tuhan, dan memberi sokongan pada satu sama lain – kerana anda bukan berseorangan Untuk maklumat lebih lanjut layarilah ke wwwmiscarriagesupportorgnz
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…