close

Kain dukung bayi atau sling bayi

Pendukung bayi hadapan badan atau sling adalah merupakan asesori yang amat bagus untuk bulan pertama. Bayi anda dapat merapatkan badannya kepada anda, sementara anda dapat bergerak dengan lebih bebas.

Bayi anda yang baru lahir sentiasa mahu merapatkan dirinya pada anda serapat mungkin sewaktu beberapa minggu pertama kehidupannya Merasai kehangatan badan ibu atau bapa, mendengar degupan jantung dan menghidu bau anda yang unik adalah sangat memberi keselesaan dan meyakinkan Kain dukung hadapan badan atau sling bayi adalah penyelesaian terbaik Ia menenangkan dan membalut bayi anda, membuaikannya perlahan-lahan sewaktu anda berjalan, dan anda bebas menggunakan tangan anda untuk melakukan perkara lain Keputusan pemilihan pendukung bayi ini bergantung kepada kecenderungan anda dan apa yang menjadi ikutan fesyen masa sekarang Walau yang mana satu pun pilihan anda, pastikan ia mudah digunakan Anda tidak mahukan yang mempunyai banyak tali dan butang, dan menyukarkan pergerakan anda Juga, pilihlah pendukung bayi yang selesa untuk tulang belakang anda Dudukkan bayi berhadapan dengan perut anda Pada awalnya bayi anda harus sentiasa menghadap perut anda, dan cukup tinggi untuk anda dapat kucup kepalanya Pastikan kepalanya diampu dengan baik Jika anda menggunakan pendukung bayi hadapan badan, jangan biarkan sikecil anda duduk terlalu lama sewaktu dia masih terlalu kecil Bayi tidak boleh menukar posisnya tanpa di bantu, dan waktu duduk yang lama didalam pendukung tersebut boleh menyebabkan ketegangan pada bahagian belakang, kaki dan pinggul Sling bayi lebih berbentuk seperti penggantung kecil (hammock), dan bayi boleh berada disitu selama mana dia masih berasa selesa Pada usia 3-4 bulan, bayi anda sudah sedia untuk menghadap keluar untuk melihat dunia luarnya Perhatikan sebarang tanda ketidakselesaan, atau kegelisahan Semua yang dilihat berlaku disekelilingnya boleh membuat dia cepat penat Anda boleh terus menggunakan pendukung bayi selagi tulang belakang anda masih boleh bertahan dengannya, atau sehingga anda mencapai ketinggin maksima pendukung bayi tersebut Sling bayi adalah merupakan sekeping fabrik yang ringkas Kebanyakan sling bayi diperbuat dari fabrik ringkas yang boleh meregang, tetapi ada yang mengandungi kepingan kain kapas bertenun Yang mana-mana sling bayi yang anda pilih, baca arahan dengan teliti sebelum anda meletakkan bayi anda kedalamnya Ada beberapa laman web yang menawarkan bimbingan yang berguna Apakah yang anda cadangkan – sling bayi atau pendukung bayi hadapan badan? Kongsikan pandangan anda disini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…