close

Ikan sangat berkhasiat untuk kehamilan

Kerana nilai nutrisinya, ikan sangat bagus dimakan apabila anda sedang hamil. Ia mengandungi asid lemak yang penting untuk perkembangan otak bayi anda. Oleh itu, makanlah ikan semasa anda hamil - tetapi berpada-pada ye!

Ikan mengandungi mineral dan vitamin yang penting, seperti vitamin D, iodin dan selenium, begitu juga asid lemak Omega-3 Ini penting untuk anda dan bayi Oleh itu, semasa kehamilan, adalah penting untuk mengambil minyak ikan dan makan ikan satu atau dua kali seminggu Anda boleh mengambil ikan segar, yang dibekukan atau ikan dalam tin Elakkan merkuri Hadkan pengambilan ikan berjenis besar (seperti paus, ikan todak, ikan jenahak) dan ikan yang diternak di dalam kolam geothermal kepada sebulan sekali kerana dikhuatiri mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, yang mana akan mengganggu perkembangan sistem saraf bayi Tiram juga perlu dihadkan pengambilannya kerana kepekatan cadmium yang tinggi Listeria Elakkan ikan mentah, ikan bakar dan kerang-kerangan kerana dikhuatiri mempunyai risiko listeria, bacteria membawa maut yang boleh merebak melalui makanan tercemar kepada wanita hamil dan kandungannya, menyebabkan kematian atau kelahiran pra-matang Jika anda tidak suka makan ikan, dapatkan nasihat pegawai penjaga maternity mengenai pengambilan minyak ikan sebagai suplemen Kementerian Kesihatan juga ada mengedarkan risalah ‘Pemakanan Sihat untuk Wanita Hamil’ di klinik-klinik seluruh negara Anda juga boleh mencari artikel di internet atau layari wwwhealthedgovtnz dan gunakan katakunci ‘eating’
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…