Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

close

Berjumpalah dengan bidan anda

Ia semakin hampir! Angkat beg anda dan terus ke hospital. Berikut adalah perkara-perkara yang bakal anda lalui setibanya anda di sana.

Sudah tentulah setiap kelahiran itu berbeza, dan setiap kemudahan untuk membantu kelahiran juga berbeza Namun, sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk melahirkan anak anda di dalam hospital, dengan bantuan bidan atau pegawai penjaga materniti (LMC), terdapat beberapa perkara yang bakal anda hadapi Akhirnya di wad bersalin Sebaik sahaja bidan telah memasukkan anda ke wad bersalin, tekanan darah dan nadi anda akan diperiksa Bidan anda akan memeriksa perut anda dan memastikan keadaan bayi anda : bagaimana posisi bayi anda berbaring, denyutan jantung bayi anda, dan berapa lebar bukaan anda buat masa itu Anda akan bercakap tentang kontraksi, bilakah ianya akan bermula, bagaimanakah selang masanya, dan sebagainya Anda mungkin juga akan membincangkan sekilas lalu tentang rancangan kelahiran anda, hajat anda, kecenderungan anda terhadap ubat pelali, dan sebagainya Kemudian bidan anda akan melakukan ujian kardiokotografi (CTG) untuk menentukan denyutan jantung bayi itu dan berapa kerap kontraksi berlaku Hasil ujian ini akan membolehkan bidan anda mengetahui tindakbalas bayi anda terhadap kontraksi dan keadaan bayi anda secara keseluruhannya Peringkat pertama bersalin Anda mungkin suka untuk mandi dalam air suam bagi membantu anda bertenang dan melegakan kesakitan Bidan anda tidak akan berada bersama anda setiap masa pada peringkat pertama kelahiran ini ; dan kebanyakannya akan menasihatkan ibu-ibu mengandung supaya duduk di rumah selama yang mungkin sebelum datang ke hospital Bidan anda akan datang dan memeriksa bayi anda pada selang masa yang tertentu, dengan menggunakan foetoscope, alatan Doppler, atau mesin CTG Bidan anda juga akan memeriksa kemajuan kesihatan anda ; termasuklah bukaan dan jahitan anda Anda akan dibantu untuk memilih ubat pelega kesakitan yang sesuai untuk situasi anda Nasihat dan sokongan daripada bidan anda Bidan anda merupakan orang yang sangat penting, berpengalaman, bertauliah, dan amat berpengetahuan dalam membantu kelahiran anda Mintalah nasihat dan dorongan daripadanya Jangan teragak-agak untuk memberitahunya sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak selesa Ianya penting untuk anda berdua Kemungkinan anda telah menukar fikiran tentang rancangan kelahiran anda Tidak mengapa tidak salah sama sekali untuk bertukar fikiran ; ingatlah bahawa bidan berfungsi untuk membantu anda dan bayi anda Ketika peringkat pertama kelahiran, bidan anda akan kerapkali datang, tetapi buat masa yang singkat sahaja Jika anda memerlukannya apabila dia tiada, hubungilah dia Dalam dua peringkat kelahiran seterusnya, apabila anda sedang aktif meneran dan bersalin, bidan anda akan berada dengan anda pada setiap masa Selepas kelahiran Beberapa lama selepas kelahiran, cuba imbas kembali apa yang telah anda lalui Ini adalah satu proses yang penting, dan biasanya ia akan membuat anda berasa gembira Bincangkan keadaan itu dengan bidan anda dan bertanyalah sekiranya terdapat sebarang kemusykilan Perjumpaan seperti ini sebenarnya sangat berguna dalam menyediakan anda untuk kelahiran yang seterusnya ; sungguhpun ianya mungkin agak terlalu awal untuk anda memikirkan soal itu!
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…