Bagaimana proses bersalin bermula - Mengandung - Your stage - Drypers Malaysia

Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Bagaimana proses bersalin bermula

Bagaimana anda tahu ia telah bermula? Ada tanda pasti; kontraksi berulang. Ketika kontraksi menjadi sekerap tiga kali dalam masa sepuluh minit, sudah tiba masanya untuk pergi ke hospital.

Selamat Berjaya! Anda sudah memasuki minggu yang ke 38 Bermula sekarang, semua rasa sakit dan kontraksi - pada kenyataannya, apa yang terjadi di sekitar tengah badan anda - perlu dipantau secara berhati-hati, terutamanya yang empunya diri yang berperut besar Karena sekarang mungkin waktunya! Jangan ingat bahawa anggaran tarikh tempoh bersalin masih ada dalam dua minggu Bayi kadang-kadang lahir dua minggu lebih awal Pada tahap ini, semua ibu berharap ini terjadi, tanpa pengecualian Tentu sahaja, bayi anda mungkin juga lahir dua minggu lebih lewat dari tarikh jangkaannya Tapi anda lebih suka melupakan kemungkinan ini ketika perut anda terasa seperti berat tidak tertanggung, anda mula sukar mencari posisi tidur yang selesa dan anda ‘lupa’ bagaimana rupa kaki anda Buat latihan kontraksi Tapi bagaimana anda tahu ia benar-benar telah bermula? Pada waktu ini, rasa sakit-sakit yang kecil akan mula anda rasai Perut anda akan mengalami kontrasi dan menjadi keras seperti batu secara berkala Tapi itu mungkin juga hanya kontraksi Braxton Hicks Dalam filem, proses bersalin selalu bermula dengan air ketuban yang pecah Ia nampak dramatik, tapi dalam kehidupan nyata ia biasanya berlaku secara berperingkat Air ketuban meleleh keluar sedikit demi sedikit berbanding kuantiti air ketuban yang banyak sekaligusTetapi proses bersalin boleh juga bermula sebelum air ketuban pecah Kontraksi berulang yang berkala Hanya ada satu tanda pasti bahawa proses bersalin telah bermula: kontraksi Kontraksi berulang yang menjadi semakin kuat dan kerap secara progresif Kadang-kala ianya mungkin mereda, tetapi kemudiannya akan bermula lagi Sekarang anda tahu bahawa anda berada di tengah-tengah proses bersalin! (Proses bersalin anda sebenarnya bermula beberapa minggu yang lalu, ketika hormon mula melembutkan pangkal rahim Kebanyakan wanita tidak sedar hal ini terjadi, Tetapi ada beberapa wanita mengatakan bahawa ia merasa seperti sakit senggugut yang ringan atau sakit sedikit di bahagian belakang) Berehat di rumah selama yang anda rasa selesa Realiti sebenar sudah bermula dan ia mula merasa sakit Sekarang pangkal rahim anda sudah matang dan sudah waktunya untuk menelefon Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda Tapi anda boleh terus berehat di rumah selama anda merasa selesa Ramai bakal ibu memilih tinggal di rumah, duduk di bilik mandi sendiri, berbaring di tempat tidur mereka sendiri dan minum dari cawan mereka sendiri Yang lain pula merasa lebih selamat pergi ke hospital atau klinik bersalin secepat mungkin Kontraksi setiap tiga minit Ketika kontraksi yang terjadi secara teratur di peringkat sekitar setiap tiga hingga 10 minit, anda tidak lagi ingin duduk-duduk di rumah, Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda akan meminta anda pergi ke hospital atau klinik bersalin Anda cemas dan rasa risau jika tidak sempat sampai … Tetapi jangan bimbang – ini jarang berlaku Selamat Berjaya!
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…