close

Anak anda bakal mendapat adik baru

Anda hamil sekali lagi - tahniah! Berikut adalah lima tips yang boleh membantu anda menyediakan anak anda menerima adik baru. Sebabnya, terdapat tiga orang yang menantikan kelahiran bayi baru, dan salah seorang daripadanya berasa agak tergugat dengan kehadiran insan baru dalam keluarga anda.

Bayangkan senario ini: Pada suatu hari, pasangan anda membawa pulang seseorang dan berkata kepada anda, "Layan cinta baru saya ini dengan baik Saya mencintai anda berdua sama rata Kita akan lebih ceria bersama" Cemburu adalah semulajadi Melihatkan pada perkara ini, cemburu adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku Anda tidak boleh beranggapan bahawa anak anda yang lebih tua gembira dengan kehadiran adik baru mereka seperti gembiranya ibubapa mereka Tetapi, cemburu bukanlah perasaan yang utama wujud pada anak anda Anak anda akan mula menyayangi adik barunya dan melihat mereka sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian Pastikan anak anda bersedia Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyediakan anak anda menerima orang baru dalam keluarga 1 Mula memberikan contoh keluarga yang mempunyai bayi, supaya anak anda dapat membiasakan diri dan berasa seronok 2 Perkenalkan anak anda kepada bayi yang baru lahir Ini dapat memberikan gambaran betapa bayi tidak berupaya melakukan sesuatu dan anak anda akan berasa kesian terhadap mereka 3 Bawa anak anda ketika temujanji pemeriksaan kehamilan anda Berikan anak anda merasai kedudukan kandungan yang bergerak dan melihat alat pengimbas Jika anak anda mengikut proses kehamilan anda, anak anda akan terujga menantikan kelahiran adik yang baru dan ini dapat mengurangkan perasaan cemburunya 4 Beritahu anak anda bagaimana bayi yang baru lahir memerlukan bantuan dan mungkin akan kerap menangis tanpa sebab Ini dapat membantu anak anda menjadi lebih bertanggungjawab dan bertolak ansur dengan kerenah adik barunya kelak 5 Alihkan katil bayi dari pandangan anak anda Ini boleh membantu anak anda melupakan katil tersebut untuk seketika Ini memudahkan anda untuk meletakkan bayi anda di katil bayi tersebut dan pada ketika itu anak anda tidak lagi memikirkan katil tersebut sebagai katilnya Anda ada sebarang tips? Kongsikan di sini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…