Air ketuban pecah - Mengandung - Your stage - Drypers Malaysia
close

Air ketuban pecah

Oops! Air ketuban anda telah pecah, tetapi tiada kontraksi. Hubungi pegawai penjaga materniti. Ia mungkin bukan masanya untuk melahirkan, tetapi anda perlu lakukan pemeriksaan di klinik dengan segera.

Di dalam filem, kelahiran selalunya bermula dengan air ketuban pecah, sama ada disampaikan secara dramatik atau komedi Di realiti, air ketuban tidak pecah sebelum kontraksi bermula Biasanya, ia berlaku sebaliknya Bukan mudah untuk menentukan sama ada air ketuban telah pecah ataupun tidak Kepala bayi berada di dalam posisi saluran kelahiran, dan ini akan menyebabkan air ketuban meleleh daripada ia menyembur keluar Sekiranay anda mensyaki bahawa air ketuban anda telah pecah, hubungi bidan anda walaupun anda tidak mengalami sebarang kesakitan Merangsang kelahiran Kebanyakan pegawai penjaga materniti akan menunggu di antara 24 hingga 36 jam selepas air ketuban anda pecah sebelum merangsang kelahiran Ia bergantung kepada keadaan bayi dalam kandungan dan warna air ketuban anda Sekiranya air ketuban berwarna kehijau-hijauan, ini bermaksud bayi mengeluarkan najisnya, yang memberi petanda bahawa bayi mengalami tekanan di dalam kandungan Situasi ini memerlukan pengambilan bacaan CTG untuk melihat keadaan bayi seterusnya Sekiranya semua berjalan lancar, anda diminta untuk menunggu kontraksi seterusnya dalam masa 24 jam Sekiranya tidak terdapat kontraksi selepas 24-36 jam, rangsangan kelahiran akan dilaksanakan
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…