Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

close

Tips terbaik untuk bayi

Berikut adalah beberapa perkongsian praktikal yang bijaksana dari ibu bapa Treasures lain (adaptasi setempat):

• Letakkan sarung bantal atau kain lampin di bawah kepala bayi, di tempat tidur mereka, agar anda tidak perlu menyalin cadar atau sarung bantal selepas setiap tumpahan atau muntahan bayi • Gunakan susu badan sebagai ubat titis hidung • Bunyi latar belakang yang berirama dan tidak begitu bingit, boleh membantu tidur yang nyenyak bagi sesetengah bayi - cubalah dengan meletakkan kipas atau penyedut hampagas di luar bilik atau letakkan pengering pakaian • Buatkan mainan menarik untuk bayi dengan mengisi tiga-perempat botol minuman plastik terpakai dengan air berwarna, batu berkilat dan manik-manik Tutupkan botol dengan ketat • Berus gigi kecil boleh menjadi pelega bergetah yang baik (teether), sewaktu bayi tumbuh gigi, dan ini mampu memperkenalkan anak anda dengan idea baru untuk memberus gigi mereka • Berikan ubat kepada bayi dengan memancutkan ia ke bahagian belakang mulut bayi dengan menggunakan jarum suntik plastik, atau dengan puting Bagi anak-anak yang lebih besar, anda boleh kebaskan deria rasa mereka dengan menyuruh mereka mengulum sedikit ais, sebelum mengambil ubat, dan memberikan dia air selepas itu • Pek berisi beras adalah lebih selesa daripada pakej ais untuk diletakkan keatas benjolan dan lebam Jahit tiga sisi tuala tangan, isi dengan beras, kemudian jahitkan sekali lagi untuk meutupnya Masukkan ia ke dalam beg plastik dan simpankan kedalam peti ais Tambahkan tips anda di sini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…