close

Tabiat-tabiat tidur yang baik

Ini adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan keadaan terbaik untuk tidur yang nyenyak!

Memisahkan susu atau makanan dari waktu tidur boleh menjadi idea yang baik Latih bayi anda untuk masuk tidur tanpa perlu susu atau makanan Biarkan mereka selesai makan dan minum, dan letak mereka di tempat tidur sebelum mereka tertidur Menggantung sesuatu di tempat tidur dan nyanyikan untuk bayi anda • Biarkan suara anda dan gerak badan anda menunjukkan kepada bayi anda bahawa sudah sampai waktunya untuk tidur Biarlah ia jelas; ia membuat bayi rasa aman dan benar-benar membantu bayi untuk tenang • Dipenghujung hari yang sibuk dengan banyak kegiatan, adalah penting untuk memberikan bayi anda waktu yang damai dan tenang Bayi perlukan bantuan untuk berehat • Rutin Tamatkan hari dengan rutin yang sama - mandi, memberus gigi (ketika anak sudah besar), baju tidur, bercerita sebelum waktu tidur atau lagu, dan kemudian ucapkan selamat malam Tentu sahaja anda boleh mengubah rutin sekali-sekala, tetapi kebanyakan bayi dan kanak-kanak sukakan rutin • Semua orang tidur dengan lebih baik didalam gelap Biasakan untuk mematikan semua lampu ketika mereka masuk tidur • Jika anda diundang makan malam atau tinggal di tempat lain pada malam tertentu, cuba kekalkan sebanyak rutin yang mungkin bagi anak anda, bawa baju tidur mereka, selimut mereka dan sebagainya Dengan cara ini mereka akan lebih tenang dan malam anda akan lebih menyenangkan • Pada awalnya, mungkin kelihatan seolah-olah baju tidur adalah sesuatu yang membazir Tapi ia membantu untuk menunjukkan kepada bayi anda ada perbezaan antara tidur siang hari dan tidur di malam hari • Sentiasa bercakap tentang bilik tidur dan tidur sebagai sesuatu yang selesa Dan letakkan anak anda untuk tidur di katil yang sama setiap malam Anak-anak tidur dengan baik dalam persekitaran yang mereka biasa dengannya • Bayi kecil memerlukan ruang yang kecil dan selesa untuk tidur, sama seperti yang di dalam rahim • Jika bayi anda tidur di kereta sorong mereka, gantungkan kain lampin di bahagian depan untuk menghalang sebarang gangguan, dan ini akan lebih memudahkan si kecil anda untuk tertidur • Kebanyakan kanak-kanak sukakan selimut untuk rasa selamat Ia juga mungkin idea yang baik untuk memberikan bayi anda mainan patung yang lembut atau buku di katil mereka, tetapi perlu diingat: terlalu banyak mainan akan membuat mereka terus terjaga Adakah anda mempunyai sebarang nasihat? Kongsikannya di sini!
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…