Harap maklum penghantaran permohonan sampel dan hadiah tebusan dari Point Shop akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan situati PKPP. Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan kami akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com

close

Susu badan yang terlalu banyak

Ooops.. susu badan bocor keluar. Ia nampak sangat comot dan payudara anda merasa tegang dan terik. Disini ada beberapa tips untuk menguruskan situasi susu yang terlalu banyak.

Penghasilan susu yang terlalu banyak biasanya terjadi pada hari-hari awal, bila air susu anda mula dihasilkan Dan saiz baru payudara anda mungkin sedikit mengejutkan Tapi setelah beberapa hari, pengeluaran susu anda secara berperingkat akan disesuaikan dengan keperluan bayi anda (dan saiz payudara anda akan berkurangan, walaupun secara berperingkat) Ini adalah kerana bila bayi anda tidak mengosongkan payudara anda sepenuhnya, tubuh anda akan mengubahsuai secara semulajadi dengan mengurangkan penghasilan susu Mencegah penghasilan terlalu banyak susu Anda mungkin terkejut apabila mengetahui ia akan mengambil masa beberapa hari Terlalu banyak susu badan boleh mengakibatkan rasa sakit yang nyata - sebenarnya Payudara anda terasa tegang dan sakit Bayi anda akan mendapati sukar untuk memaut ke puting, yang mana juga boleh menyakitkan Dan terlalu banyak susu boleh meningkatkan risiko saluran susu tersumbat Disini ada beberapa tips untuk membantu anda untuk mengurangkan ketidakselesaan: • Jika payudara anda merasa sangat tegang, biarkan payudara anda yang tidak menyusui bayi meleleh keluar susunya sewaktu bayi menyusu di payudara yang sebelah lagi Ini akan mengurangkan tekanan secara semulajadi • Kehangatan dapat membantu mengeluarkan susu secara semulajadi Cuba berdiri di bilik mandi, dibawah pancuran air yang sedikit hangat, dan arahkan ia ke payudara anda • Jika anda mempunyai gejala awal saluran susu tersekat (payudara yang bengkak dan mengeras), atau jika bayi anda menunjukkan tidak tertarik pada menghisap, anda mungkin perlu mengeluarkan susu badan secara manual atau dengan pam Tapi jangan pam terlalu banyak - mengepam susu keluar merangsang pengeluaran susu yang lebih lagi • Keraplah memberi susu badan, bangunkan bayi anda jika perlu, untuk melegakan rasa sakit Adalah lebih baik jika anda boleh membiarkan keperluan bayi anda menentukan segalanya Jika anda merasa biasa sahaja dan payudara anda tidak merasa ketidakselesaan walaupun ia tegang dipenuhi susu, biarkan bayi anda menyusu mengikut keinginannya Setelah menyusui, payudara anda akan terasa lembut tanpa sakit atau benjolan yang keras
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…