Ahli yang dihormati, sehubungan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran barang penebusan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kami di my.drypersbabyclub@vinda.com Terima kasih atas kerjasaman anda. 

close

Sikecil yang cerewet makan

Apa yang boleh anda lakukan jika anak anda hanya akan memakan satu jenis makanan , atau jika mereka tidak akan makan apa-apa? Cadangan terbaik adalah untuk bertenang (tidak panik). Jangan terlalu risau tentangnya, jika anak anda cerewet atau menolak terus untuk makan.

Ada dua perkara yang ibu bapa baru paling selalu fikirkan: tidur dan makanan Mungkin kerana kedua-duanya itu adalah keperluan asas Ketika bercakap tentang makanan, situasi yang paling sukar adalah ketika bayi menolak terus untuk makan Mereka mungkin tidak cukup bersedia untuk mengambil makanan pejal, jadi tunggu beberapa hari atau lebih, bahkan mungkin satu atau dua minggu, dan kemudian cuba lagi Ingat untuk memilih waktu ketika bayi anda tenang, untuk memulakan makanan pejal Ini akan membuatkan ia lebih mudah bagi anda berdua Memilih makanan Selera makan kanak-kanak sangat berbeza-beza Tidak wujud apa yang dipanggil hidangan yang ideal Lihatlah selera makan keseluruhan anak anda, daripada menumpukan pada setiap makanan yang dihidang Anda mungkin mendapati bahawa mereka sebenarnya makan cukup banyak sepanjang hari Yang paling penting adalah untuk mempelbagaikan hidangan, makanan yang seimbang Jika anak anda nampak gembira dan membesar dengan baik, semuanya dalam keadaan baik Ingin makan hanya satu makanan Kadangkala anak-anak menjadi terlalu obses dengan satu makanan dan menolak untuk makan makanan yang lain Ini boleh jadi makanan seperti kentang, kacang pis, timun - apa saja Jangan bimbang, fasa ini biasanya akan berlalu Hidangakn sahaja apa yang anda rancangkan dan pelbagaikan hidangan Anak anda akan perlahan-perlahan menemui lebih banayk makanan yang dia suka Menolak terus Bukanlah sesuatu yang asing bagi kanak-kanak untuk menolak makanan dari semasa ke semasa Cubalah untuk tidak merengus sangat tentang itu Perkara ini lebih mudah dikatakan daripada dilalui sendiri, kerana ianya boleh jadi sangat stres dan mengecewakan - kita semua tahu betapa pentingnya makanan dalam masa jangka pendek dan jangka panjang Sememangnya kita ingin sahaja mencuba untuk menggunakan segala macam muslihat seperti permainan, rasuah dan ancaman untuk mendapatkan, anak anda untuk menelan sesudu atau dua Ini boleh dengan mudah berubah menjadi sarkas yang anda tidak punya kekuatan atau tenaga untuk berurusan dengan pada setiap waktu makan Jangan buat waktu makan seakan satu pertempuran Disini ada beberapa cadangan: duduk di meja bersama-sama dan letakkan sejumlah kecil makanan di pinggan anak anda Jangan terlalu banyak menghabiskan tenaga untuk memujuk Waktu makan bukanlah pertandingan siapa yang akan menang, Bertenang biasanya berbaloi Ingat – anda ada ‘kelaparan’ di sisi anda Ketika anak anda lapar, hangatkan makanan dan sajikan Elakkan memberi “imbuhan” kepadanya seperti biskut atau sandwic Jangan paksa anak untuk makan Jika anak anda menolak terus untuk makan, bahkan tidak nampak lapar pada waktu makan, cubalah beri makanan yang sedikit tetapi lebih kerap sebagai gantinya Jam makan anak anda mungkin berbeza berbanding yang lain didalamh keluarga Selera anak anda adalah sesuatu yang peribadi - seperti anda Anak anda mungkin hanya tidak menyukai makanan tertentu Fikirkan tentang kecenderungan anda sendiri dalam bab makanan Anda mungkin masih tidak menyukai makanan-makanan tertentu, dan pada masa yang sama anda mula belajar menyukai makanan-makanan tertentu apabila usia semakin meningkat Anak anda akan melalui proses yang sama Tanyakan jururawat Well untuk maklumat dan cadangan Kementrian Kesihatan memiliki buku yang berguna, 'Makan untuk Bayi dan Kanak-kanak’, tersedia secara online atau di cetak secara percuma dari wwwhealthedgovtnz Adakah anak anda pernah menolak untuk makan? Apa yang anda lakukan? Beritahu kami tentang hal itu di sini
Berlaku kesilapan, sila cuba lagi nanti.
Muat naik…